Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 14, 2015

Bila Kapten Adik Dapat Bintang Kebesaran !

Saban malam kerja KA sekarang ni adalah, Menemankan Adik buat kerja2 sekolah
Dah jadi satu rutin harian dah...
Yelah, dah Along & Angah masing2 tinggal di asrama dah
Nak tak nak terpaksalah jugak kan.. Sambil Adik buat2 kerja sekolah tu
KA biasanyer akan semak2 buku2 latihan Adik
Adik setakat dapat marked "Good" " Very Good" tu
Dah takde rasa dah bagi dier, mungkin sebab dah biasa
Tapi dua tiga hari lepas sibuk dier suruh KA tengok
Buku kerja English dier, teruja sangat Adik !

Adik :  Cuba Ummi tengok kat buku ni , teacher tulis aper ?
KA :  Mana...... yang ini good..... very good adelah !


Adik :  Ada...... cuba Ummi check lagi
KA :  Mana..... mana...
Adik :   Ala Ummi ni...... ni ha, Ms Pooh tulis "very good' dengan tampal sticker star lagi ,
sticker star warna kuning hah ! He He He
( Rupanyer yang ini, KA tak perasan pun ada sticker star kuning kat tepi tu !)


KA :  Oh... bagusnyer teacher Adik yer !!


Adik :  Sebab apa hah Ms Pooh bagi sticker kuning ni Ummi !
KA :  ..... Sebab Adik patriotik sangatlah ! He He He 

Seronoknyer Adik walau dapat bintang dalam bentuk sticker tu
Macam happynyer peserta2 Maharaja Lawak yang dapat berbintang2 tu gayanyer 
Adik, Adik... tak habis2 dengan cita2 nak jadi Kapten Tentera Laut dier tu !
Doakan ajelah kan...

13 comments:

Lynn Hamzah said...

budak budak memang suka bila dapat pujian dan pengiktirafan macam nie...

paridah said...

WAH TAHNIAH ADIK PANDAINYA..TULISAN ADIKPUN CANTIK TERATUR.

eima said...

wahhhh cantiknye nye tulisan adik ..... mesti terer bi ni kan adik kan

Kakzakie said...

Dah nama pun budak KA mestilah suka. Cikgu pun pandai nak approach bagi budak lebih rajin.

Sylarius Yusof said...

Minat jadi Navy yer. Hehe. Mungkin naik Form 1 nanti, boleh la kot apply masuk MTD, Maktab Tentera DiRaja.

Puan Kutu said...

lawa tulisan adik..cikgu bagus ye buat kan student happy bila dpt star macam ni.

Rai OurKizuna said...

pandai betul teacher adik ambik hati anak murid..

Shaiful Zaidi said...

Tahniah...selain pengiktirafan, cikgu tu bagi motivasi kpd pelajar utk terus cemerlang.

Aisy Nasiha said...

Sukalah ya Adik dapat macam tu ya. Yalah, jgn kata budak sek rendah, yang dah sekolah menengah pun kemain seronok bila dapat BAGUS atau BAIK.. senyum meleret je.. waktu penandaan buku yang ketua panitia check, kalau cikgu xda tulis komen macam tu utk murid yg kerja bgus, nati kena tegur..

petrasis1 said...

saya masih lagi suka dengan posting mengenai Adik, dari dulu sampai sekarang.. :-)

kadang-kadang menyinggah jugak, tapi tak sempat tinggalkan komen,, just cari post pasal adik je.. hehe..

Thanks Kak KA..

Mummydearie said...

Biasalah budak-budak. Dapat 'good' pun happy, dapat 'very good' lagilah very happy apatah lagi kalau dapat sticker bintang kebesaran katanya. Anak saya pun kalau English teachernya puji, tak habis-habis nak bercerita!

Khai♥Rin : anies said...

sm laa mcm zaman sekolah dulu wpn x dpt sticker tp bla dpt bintang tulisan pen pun dah kembang hidung semangkuk ;-)

aryan azra said...

bagus ms pooh...berikan kegembiraan buat adik walau hanya dengan meletakkan sticker bintang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...