Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 07, 2015

Maafkan Aku !

Entah kenapa hati jadi pilu
Angin manakah yang datang senyap2 menyapaku
Dan singgah di jiwa menjadi tetamu
Siang malam serasa kelamnya aku
Dunia sekeliling bagai tak memberi nafsu
Entah... apakah aku rindukan sesuatu
Yang telah ku cari2 dan cuba kuselongkar satu persatu
Aduhai sang hati 
Mengapa jadi begini !
Aku menangis dalam diam, merintih dalam sepi tak bertepi
Tidur berbantal empuk mengiring kanan dan kiri
Terlalu sukar melelap mata sendiri
Malam tetap sedih tanpa matahari
Walau ada sang bintang & bulan yang menemani
Hati tetap pedih
Walau cuba melawan perasaan sendiri..
Tolong maafkan aku
Kiranya aku pernah hadir melukis sedih dalam hidup kamu
Andainya aku pernah melakar duka dalam hati kamu
Andai bilah kata bicara ku pernah mengguris luka hatimu
Aku hanyalah aku
Insan biasa yang takkan lari dari berbuat salah & silap itu
Tolong maafkan kamu
Kerana aku perlukan kemaafan kamu
Untuk meredakan segala yang terbuku di kalbu ku !
Tolong maafkan kamu
Kerana aku mungkin menyakiti kamu tanpa sedarku
Dan aku pasti kemaafan mu itu penawar terbaik buat jiwa laraku !
Bak titisan hujan yang jatuh bebas atas bunga dan dedaunan
Dingin melerai kekeringan !

PHOTOS CREDIT HERE
( Sekadar meluah rasa agar tidak makan dalam & lebih sengsara !
Sekadar mencoret tinta agar tak karat jiwa
Sekadar menitip cerita agar tak menumpul rasa..... )

AUTO PUBLISH N3

11 comments:

Mummydearie said...

Salam KA,

Lama saya tak singgah di sini. Semput nak mengejar aktiviti blogwalking. Mendalam maksudnya ni, KA. Diharap kehidupan di alam nyata KA tidak sesedih menghayati entri KA kali ini.

Nurzakiah Hanum said...

singgah selasa

❤Kamsiah❤ said...

saling maaf memaafkan..

paridah said...

luah apa yg dirasa dikalbu agar xmenjeruk perasaan...

Sue-Rya Qistina said...

semoga dipermudahkan segalanya dan semoga segalanya kan baik2 saja..amin

aizamia3 said...

Moga akhirnya ketenangan diperolehi.. ;)

eima said...

fuhhh .... KA ngan adik ni mmg pandai berkata2 le ...
semoga ketenangan diperolehi

Gee Lion said...

selagi tak mendengar permohonan maaf tu, selagi tu la dada ni terasa sempit je kan.. hidup pun tak tenang.. hurmm..

hainom OKje said...

Nama pun manusia KA....tak de yg terlepas dari membuat salah.... Memohon maaf tak semestinya kita salah tapi kita sayangkan perhubungan yg kita bina dengannya...

Fiza Rahman said...

Kenapa kak. Sedihnya bunyinya. Apa pon masalah, semoga dapat hadapinya dengan tabah.

aryan azra said...

bagus juga luahkan apa yang dirasa, baru tenang jiwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...