Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 16, 2015

Sajak Kisah Adik Dan Warna Biru !

Rasanya ramai yang dah tahu
Tentang warna kegemaran Adik yang baru
Dah bertukar dari pinky ke warna biru
Sebabnya... hanya Adik ajelah yang tahu
Lepas tu bila duduk2 berborak sebelum mata nak pejam tidur tu
KA selongkar2 dan korek2lah Adik rahsia warna biru
KA : Kenapa Adik suka warna biru ??
ADIK :  Apa masalahnya kalau suka warna biru ??
KA :  Yelah, tapi kenapa warna biru ?
ADIK ; Ada masalah ker dengan warna biru tu ?
Adik ni lain yang ditanya lain pulak jawapan dier tu
KA :  Ok, ok, Ummi agak2 dah tau, sebab apa Adik suka warna biru !
ADIK :  Apa dier, cuba Ummi bagitau !
KA :  Sebab Adik kan nak jadi Tentera Laut,....Laut kan biru !
ADIK :  ... Ermm... itu sebabnya tapi yang tu salah satu...
KA :  Aaaa... kan betul tekaan Ummi tu ! Sebab Adik nak jadi Kapten Tentera Laut kan
Sebab tu Adik suka warna biru....
ADIK:  Dah apa masalahnyer dengan warna biru ?
KA :  Takde masalah ok je warna biru tu ! Laut kan biru....
ADIK :  Seronok apa jadi Tentera Laut, lagi kalau suami ke isteri ke pun tentera laut
jugak, anak2 dier yang untungkan Ummi, jadi anak Tentera Laut Diraja Malaysia,
Diraja tuuu....
KA :  Kalau macam tu Adik esok2 kena cari suami yang kerja sama macam Adik jugaklah
Tak dapat Kapten, dapat Leftenan pun jadilah, janji Tentera Laut Diraja Malaysia tu !
ADIK :  He He He... Tapi kenapa Ummi tanya warna biru, apa masalah warna biru !
KA :  Eh Adik ni tak habis2 dengan biru, dah tidur ajelah, pejam ajelah mata tu ...
ADIK :   Yelah, masalah ker kalau suka warna biru ? Ok aper warna biru
Bla, Bla, Bla Bla......
Dan tiba2 Adik dah senyap aje macam tu
Tengok2 kat sebelah Adik dah belayar tak tau dah sampai mana dah masa tu !
Hu Hu Hu
Tak kisahlah warna apa pun Adik, tak kisahlah kalau Adik suka warna biru
Yang penting, sifat Adik memang kena sangatlah dengan warna biru itu
 Adik yang suka berkawan, sukakan keamanan dan kedamaian selalu
Sembunyi rasa agar yang lain bahagia, ikhlas dan penuh pengharapan di jiwa kecil mu !
Itu yang tersirat di sebalik warna biru itu .....
Kalau Adik nak tahu.......
Penggemar biru punya pesona yang misteri & tertentu !!!!

12 comments:

❤Kamsiah❤ said...

ala Adik..auntie pulak tak gemarkan kaler biru..:)

Fyda Noh said...

Saya pun suka warna biru, especially biru laut. Dulu masa study mmg baju semua warna biru. Sekarang dah pelbagai, sebab orang asik komplen pakai baju sama.

Puan Kutu said...

dah agak dah..Biru kan sinonim dengan laut..sesuai dengan cita2 adik

paridah said...

BIRU NI LEMBUT WARNANYA...TAPI WARNA-WARNI PELBAGAI JADI PILIHAN JUGA...

petrasis1 said...

👍😏

Qaseh Vee said...

sampai ke sudah adik tak bagi jawapan kenapa suka warna biru ... heeee

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Warna biru cantik dipandang macam warna laut. Nampak tenang walaupun ada macam-macam di dalamnnya.

BM said...

Tapi jadi tentera laut pakai uniform putih la pulak... hehe

mummY daniSha said...

sy pun suke kaler biru hehe...give me 5 adik =)

Mummydearie said...

Aduhai, Adik ni! Boleh pengsan macam ni. Ummi tanya kenapa suka warna biru. Dia tanya soalan bertubi-tubi pulak salah ke suka warna biru. Apa masalah, blah-blah. Lenkali kalau takut tercekik tulang masa makan, memang tak boleh tanya Adik soalanlah, KA. Tak sempat soalan habis ditanya, kita pulak nanti yang kena tanya soalan bertubi-tubi ^_^

Acik Erna said...

boleh adik tanya balik..apa masaalah kalau warna biru..
acik pun selalu macam adik tu KA..
kalau orang tanya..acik akan tanya balik..apa masaalahnya..ada masaalah ke..h ehe

aryan azra said...

hahaha...ummi tanya boleh pulak adik tanya balik ye, ada masalah ke kalau warna biru? kelakar sangat nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...