Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 05, 2015

Pokok Herba Jawapan Teka Teki !

JAWAPAN KEPADA TEKA TEKI INI ADALAH ... 
Pokok Belalai Gajah Atau Sabah Snake Grass

Khasiat daun belalai gajah tersebut katanyer 
Mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan
 seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, 
asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, 
membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Ceritanya macam ni, KA kan tengah giler dengan projek tanam2 pokok ni
Tak kiralah pokok apa sekalipun, tapi sekarang ni
Tengah sibuk dengan pokok2 bunga dan juga herba
Lepas tu satu hari duduk bersembang dengan seorang makcik 
Yang KA dah kenal lama sangat & masih lagi sihat
Jadi, saja tanya2 rahsia kekal cergas beliau dan inilah antara rahsianya 
Bagaimana menjaga kesihatan sehinggalah dah berumur 75 tahun pun
Masih sihat tanpa sebarang penyakit
Setiap hari katanya, blend sebiji epal hijau + 7 helai daun belalai gajah
Yang dicampur dengan secawan air, lepas kisar minum terus 
Tambah sedikit perahan jus lemon dan ais kalau suka (optional)
Amalkan setiap pagi.. In Sha Allah ! Tapi kena rajin amalkan...
Ataupun kalau malas nak buat sangat
Paling mudah amalkan saja memakan 7 helai daun Belalai Gajah
setiap hari atau jadikan ia sebagai ulam2an ketika makan
Rasanya sedap ala2 macam daun selom gitu....
Inilah rupa pokok Belalai Gajah tu bila KA dah pacak tanam dalam dua pasu 
Dan letak di bawah pohon pisang tepi rumah !

Harap2 tumbuh suburlah nanti yer !!

11 comments:

Nieyl said...

Singgah pagi...
mengenali pokok hari ini...:)
semoga membesar dengan sihat :)

Acik Erna said...

kat rumah acik merimbun..bagi jiran2 je.sendiri tak pernah makan pun KA..sesekal je tumis jadikan sayur

Acik Erna said...

kat rumah acik merimbun..bagi jiran2 je.sendiri tak pernah makan pun KA..sesekal je tumis jadikan sayur

idzwa kamaruddin said...

assalam ka, kat rumah saya ade pokok ni ibu saya tanam

Nurzakiah Hanum said...

hehe

nohas said...

oo..itu namanya..thanks for sharing..banyak khasiatnya..

paridah said...

bagus perkongsiannya ni..tq KA.

Puan Kutu said...

sy pernah mkn ulam belalai gajah ni..baru jugak kenal tumbuhan herba ni..tp tak selalu boleh jumpa ulamnya KA.sedap!

mamawana said...

Salam singgah sini...

mamawana said...

Teringin nya nak wat ulam daun belalai gajah ni. Tak pernah makan. Ada ker jual area Sg Besi KL nih? heeee

aryan azra said...

pernah dengar nama tapi tak kenal rupa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...