Tabung Masa Depan ...

Tuesday, July 07, 2015

Update Cerita Di Ramadhan 20 !

Assalamualaikum......

Lama sungguh tak menjenguk blog.  Tertanya2....Ada lagi ke yang sudi datang membaca.  Bukan tak rindu tapi apa nak buat, bebanan tugas yang bertambah baik di pejabat mahupun di rumah membataskan segalanya. Tapi ingatan pada kawan2 blogger tetap ada sampai bila2... Insya Allah !

Pejam celik pejam celik dah Syawal ke 20 hari ini.  Alhamdulillah. Diberikan kesempatan berjumpa lagi di Syawal kali ini.  ADIK macam biasa sejak dari di tadika lagi, puasanya penuh dan harap2nya berterusan juga buat tahun ini.  Dan Adik juga tahun ini dalam usia 9 tahun sebaik mungkin menunaikan solat lima waktu sebaiknya seiring dengan ibadah puasa dilakukan yang dulunya selalu tertinggal dengan alasan letih berpuasa.  Apa lagi tentang Adik ?....... Ok tentang pelajaran. Baru je dapat keputusan peperiksaan.  No. 2 dalam darjah di Sekolah Kebangsaan dan No. 1 di Sekolah Agama petang. Yang pasti bab2 mulut bertih jagung dier tetap maintain macam dulu.  Paling tak menahan bila Cikgu Muzik di sekolah ajar lagu " Nina Bobo" di sekolah sibuk pulak dier bercerita di rumah pada KA dan En Suami tentang lagu ini dan misteri disebalik di lagu Nina Bobo ni.  Bukan sekali, tapi berulang2 kali sampai KA dan En Suami boleh ingat tiap baris kata dan cerita Adik ! 

Lepas tu sibuk2 pulak cakap macam ni :
 " Kalau Ummi tak caya, cer google taip jer Nina Bobo keluarlah cerita dier !".
Dan bila Adik bercerita lagi tentang Nina Bobo ni cepat2 KA cakap :
" Ok2, kalau Ummi nak tahu Ummi google jer nanti yer Adik! He He He!
Cepat je jawab Adik :
... Eeeeee.. Ummi ni !

Macam tulah Adik, dan kejayaan paling besar buat Adik, bila baru2 ini menang 4 hadiah utama sempena Minggu Pusat Sumber di sekolah.  2 Tempat Pertama, 1 Tempat Kedua dan 1 lagi Tempat Ketiga. Suka sangatlah dier, lagi2 hadiah2 yang diterima semuanya buku2.  Sibuklah pulak dier mengisi buku Nilam dier tu yang dah berbuku2 tu gamaknyer.. Adik2 ! Ingat lagi petang sebelum penyampaian hadiah siap bagi tau KA macam ni ..
" Ummi gosok baju Adik kemas2 sikit, sembur minyak wangi sikit , 
esok Adik nak naik pentas ambik hadiah tau !
KA :" Ala, ambik hadiah je pun, bukannyer apa pun !
Adik : "Yelah, tapi Adik naik pentas bukan sekali tapi ...4 kali tau, Ummi...
Cikgu dah bagi tau pagi tadi ! "

Ok, cukuplah cerita tentang Adik.  Kita cerita Raya ler pulak. Raya tahun ini macam biasa, KA dah siapkan beberapa pasang baju untuk anak2.  Tapi Adik paling suka jubah yang dibeli serupa dengan Angah.  Hari2 duk sibuk nak mencuba aje kerjanyer ! Lepas buka puasa, lepas bersahur duk sibuk lah nak bukak plastik mencuba jubah ni... He He He

ANGAH tahun pertama berpuasa di asrama bersama kawan2 dan tidak bersama keluarga.  Belajar bersahur dan bertarawikh di asrama.  Angah boleh menyesuaikan diri nampaknya, apalagi di bulan puasa boleh balik rumah every weekend.  So tidaklah terasa sangat. Cuma bila balik macam2 yang dia nak ikut selera tekak !

ALONG pulak dah tahun kedua berpuasa di asrama.  So semuanya ok je dan dah biasa bagi dier.  Cuma KA ajelah, hari puasa pertama sebak aje teringat anak2ni, nak2 lagi bila Along call malam puasa pertama dan ucap Selamat Berpuasa.  Aduhai sebak sungguh, hrmmmmm... hati mak2 kan begitulah !

Di kesempatan ini KA, En Suami, Along Angah dan Adik seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri in Advance,  mohon maaf andai ada salah dan silap dalam sedar mahupun tak sedar. Insya Allah, umur panjang kita jumpa lagi dan KA berpeluang menulis lagi ! Bagi yang memandu pulang ke kampung nanti hati2 diperjalanan, semoga selamat pergi dan kembali.  KA sekeluarga akan balik beraya ke kampung En Suami di Pantai Timur tahun ini..........Moga dipermudahkan segala urusan kita semua yer !

Ehsan Google 

26 comments:

Nieyl said...

singgah pagi....
Ade je yang membaca..:)

idzwa kamaruddin said...

selamat berpuasa KA!

Fiza Rahman said...

As salam kak KA. Sihat. Tak per kak. Take your time. Bijaknya adik. Tahniah.

Selamat hari raya kak ☺

Khai♥Rin : anies said...

wahh advance nyer KA...

selamat hari raya utk KA sekeluarga

aswadz said...

selamat berpuasa dan selamat hari raya in advance jugak...

paridah said...

selamat berpuasa KA...seronok baca kisah adik yg cerdik ni tahniah pencapaiannya.

Nurzakiah Hanum said...

singgah ptg

eMMe said...

Assalam KA n family, pe kabar? amboi cepatnye dah wish hari raya... ni yg rasa tak sabar nak raya, heeee~ ape pun, saya pun begitu, Salam maaf dari saya ye KA, Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin, 0-0 yea KA!

Eye_nee said...

As-Salam sahabat....samalah kita kan..berbloq dah suam suam air suam nampaknya...namun dlm ingatan tak pernah lupa...Selamat menghabiskan 10 Ramadhan terakhir ni dgn penuh bersyukur yer sahabat...semoga Allah melindungi kamu dan keluarga...

Mummydearie said...

Salam, KA. Lama tak singgah sini. Saya pun tak terkejar nak blogwalking tapi update entry tu memanglah regularly ~_^ Tahu ajelah saya ni kan. Kalau tak banyak celoteh dalam blog maknanya tengah berduka laralah tu. Hahaha!

Hari ni nampak tajuk baru cepat-cepat datang. Itu pun dah petang, dah nak balik ni. Tak bolehlah komen berjemaah macam selalu.

Selamat Menyambut HariRaya buat KA sekeluarga. Mohon maaf kalau ada terlanjur kata sampai terluka hati tanpa pengetahuan saya. Saya pun beraya di KL sahaja tahun ni sebab mak mertua ada dari awal puasa sampailah lepas raya nanti!

nor azman said...

selamat hari raya

eima said...

mula baca konpius .. ni entry lama ke yanng KA up balik sbb tulis syawal ke 20 ....rupa nye mmg entry latest .... selamat puasa KA dan selamat menyambut aidilfitri utk ka sekeluarga

lieyalatif said...

Assalamualaikum…

Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat KA sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….

zalilawati saidin said...

zalilawatisaidin.blogspot.com follow my blog. will follow back..lets be friends!

Syazana Zainn said...

Selamat hari raya aildilfiri maaf zahir batin KA :)

Lama tak menyinggah sini. Harap sihat2 belaka :D

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

ohpanduan panduan said...

Selamat Hari Raya Akak.

m.u.l.a.n said...

Baru ni start membukak blog...

SALAM AIDILFITRI... Taqobbalallahu minna waminkum.. Maaf Zahir Batin..

Bitt (double IS) said...

salam...selamat hari raya maaf zahir dan batin...

jemput singgah suka-suka ;)
: http://bitttravel.blogspot.com/2015/08/contest-for-reader-bitt-2015.html

Ahlam Miera Shafie said...

salam sis.. lama jgk sy tak menjenguk.. huhu btw salam kemerdekaan.. hehehe nak ucap selamat hari raya dah habis da..hehehe

ejulz said...

Entry terkini
1. "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
2. "Lantai Cilik Musim Ke-3"




ejulz said...

singgah sini.. :)

RedRose said...

Salam KA...lama xblogwalking ke sini. :)

tiga lalat said...

dah nak raya haji ni mak ;p

Ira said...

Assalam KA..
Lama ira tak datang blogwalking di sini..
Diharap KA sekeluarga sihat2 belaka..
Selamat Hari Raya AidilAdha.. :)

aryan azra said...

singgah baca...lama saya tak jenguk blog KA ni, kekangan masa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...