Tabung Masa Depan ...

Friday, October 30, 2015

Profession Guru Dari Kaca Mata Seorang Adik !

Rutin biasa saban petang adalah duduk berbual dengan Adik
Yelah Along dan Angah dah duduk di asrama 
Cuma Adik ajelah jadi peneman KA & Hubby di rumah  
Kebetulan semalam, Adik kan baru je habis peperiksaan di Sekolah Kebangsaan
Dan hari ini, Jumaat hari terakhir ujian di Sekolah Agama petang pula

KA :  Ummi dah check online keputusan periksa Adik, 
Ada 2 aje yang cikgu dah masukkan,Yang lain2 xde lagi dalam sistem !

ADIK :  Ok tak Ummi ?

KA :  Mestilah Ok....dua2 tu Adik dapat A..

ADIK :  Hehehe... Susah jugak jadi Cikgu ni yer, banyak kerja nak kena buat !

KA :  Hrm.. Adik kalau Cikgu Adik dengar ni, mesti Cikgu suka sangatlah bangga Cikgu
sebab Adik tahu, faham yang kerja Cikgu tu banyak  !

ADIK : Yelah Ummi, bukan senang nak jadi Cikgu,  nak kena ajar lagi, lepas tu
bila ada ujian nak kena semak lagi, lepas tu nak kena masukkan markah lagi
kan banyak kerja tu.

KA :  Amboi, Adik bercakap dah macam Cikgu. Adik pernah jadi Cikgu ker ?

ADIK :  Eh, pernah aper, masa kawan Adik Bahi tu tak faham English, Teacher tanya
ada sapa2 nak tolong ajar tak, sampai 5 orang ajar pun dier tak faham2. Lepas tu 
Adik tolong ajar lah dier pulak.  Lepas tu bila Teacher tanya, dia dah tahu 
nak buat macam mana.  Lepas tu Adik tanya dier, kenapa yang lain2 ajar dier tak faham.
Adik ajar dier faham pulak,  Dier kata sebab yang lain tu ajar sikit aje, tapi yang banyaknyer borak ! 
Apalah....

KA : Kemain lagi Adik !

ADIK :  Yelah, jadi Cikgu ni payah Ummi, kalau murid tak pandai kena marah,
nanti ibu bapa datang sekolah marah Cikgu balik.  Lepas tu kalau murid tak pandai2
pulak, Cikgu kena marah dengan Guru Besar.

KA :  Hehehe..... Adik dah minat jadi Cikgu pulak ke ? Nanti orang mesti panggil Adik, 
Cikgu Suffiya, best kan !

ADIK :  Tak naklah, jadi Cikgu ni stress sangatlah.... pening kepala Adik !

KA :  Tu lah pasal Ummi suka Adik jadi Kapten Tentera Laut !

ADIK :  Itu lagi buat Adik pening kepala Ummi !

KA :  Dah kenapa pulak !

ADIK :  Yelah kena naik atas kapal laut mestilah pening.... Mabuk Laut !

KA & ADIK : Ha Ha Ha Ha Ha Ha


"YOU GO GIRL, Insya Allah  One Fine Day 
KAPTEN NUR SUFFIYA QAMARINA ,!"
( Google Image )
Apapun impian dan cita2 anak2 kita berilah sokongan dan galakan
Yang penting doakan mereka terus
Moga ALONG, ANGAH DAN ADIK berjaya di dunia & akhirat 

20 comments:

idzwa kamaruddin said...

hehehe...adik yang sangat bijak! semoga anak aunty sufiya sebijak kakak suffiya dia nie..aamiin~

paridah said...

BETUL KATA ADIK TU KERJA CIKGU NI XMUDAH N STRES DGN KERJANYA YG BNYAK...WALAU HARI YG SEPATUTNYA CUTI PUN MRK BERKERJA...MOGA ADIK BERJAYA CAPAI CITA2NYA JADI KAPTEN KAPAL TENTERA LAUT..

Aisy Nasiha said...

Haha.. bijak dan luas pengetahuan adik pasal skop kerja cikgu.. moga apa sahaja yang adik nak buat nanti, adik berjaya ya..

Eye_nee said...

Bila Si Kecil Berbicara...heheh...

Nurzakiah Hanum said...

sangat bijak

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillah..at least dia hargai cikgu2 kan..

eima said...

bijak sungguh ..budak besar ni faham kerja guru ...tp manusia dewasa diluar sana sedap je menghina guru2 yg didik anak diorg isu jerebu je pun sampai maki hamun

Diana Rashid said...

kita sama la Adik...pemabuk laut..ekekek...

Ahlam Miera Shafie said...

semua yg adik ckp betui... huhuhu susah jdi cikgu skrg nih... btw gud luck adik...

Bunda_nora said...

Salam hujung minggu....lama dah bunda tak singgah kesini...

Khai♥Rin : anies said...

betul tu adik...bkn sng nk jadi guru ni

nor azman said...

Pandai adik..hehe

Jobdirumah Buat Duit said...

Wah pandainya adik. Ada bakat jadi cikgu. Dah pandai ajar kawan kat sekolah.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok bila dengar celoteh adik. Dah besar nanti Adik boleh jadi cikgu macam ni.

Atie Yusof said...

hehehe.. bijaknya adik...
pekabar KA ?? :)

suka suka said...

Amboi sedapnya nama adik... mudah- mudahan cita2 adik yg dihajatkan berjaya...

Mak Wardah said...

Bijaknya Ya Allah si adek ni... Best jer ada kawan macam ni.

aryan azra said...

bijaknya adik berkata-kata...moga apa jua cita-cita adik akan dapat dicapai

Kira Sakura said...

adik ni bijak sangat. akal macam orang dewasa!!!

Mummydearie said...

Hahaha! Adik ni dah jadi kelakar pulak! Rasanya budak yang Adik ajar tu suka kat Adik tau! Eh, budak tu lelaki ke perempuan, KA?

InsyaAllah, Adik! Moga makbul doa seorang ibu! Dapatlah bergelar kapten tentera laut satu hari nanti ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...