Tabung Masa Depan ...

Friday, November 27, 2015

Berbuat Baik Walau Tidak Di Balas Baik

Allah berfirman sebagai berikut:
“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhan­mu.’ Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”(Q.s. az-Zumar: 10)
Salam Jumaat semua..
Sebagai ibu bapa, pastilah kita akan selalu ingat dan nasihatkan anak2 kita
Agar sentiasa berbuat baik tak kiralah pada sesiapa hatta pada haiwan sekalipun
Dan pasti kita semua pernah alami momen sebegini
Bila ditanya kembali apakah balasan yang akan mereka terima jika berbuat baik ?
Begitulah pada KA...
Tapi bila anak2 semakin besar dan matang mereka mula mengerti apa itu 
Membuat kebaikan dan apa yang akan mereka peroleh sebaliknya !

Contohnya ALONG...
Sering kali kalau berlaku kemalangan jalan raya  dalam perjalanan KA sekeluarga
EN HUBBY dan ALONG pastinya antara orang yang akan berhenti
Bukan hanya untuk melihat kejadian tapi untuk membantu sama apa yang termampu
Bila KA bersuara, tak perlulah nak turut serta sebab ramai dah yang ada
Cepat aje ALONG & EN HUBBY jawab semula
Cuba fikir kalau benda yang sama berlaku pada kita
Dan orang lain tak ambil peduli, macam mana !
Hakikatnya, KA bukan tak suka tapi sedikit seriau bila berhadapan dengan keadaan2 seperti ini..
Hinggalah bila ALONG ditimpa kemalangan baru2 ini
Memang ramai sungguh yang membantu dari tempat kejadian
Hinggalah selamat di hantar ke hospital ...
Sehinggalah ALONG bercerita pada KA
Dia tak sangka waktu kemalangan tempoh hari 
Ramai yang datang menghulur bantuan dan memberi semangat pada ALONG 
Mungkin sebab ALONG juga akan melakukan perkara yang sama pada mereka
Jika mereka pula yang ditimpa bencana !  Betullah kata ALONG buat baik dibalas baik... 

Satu lagi cerita....
Waktu Bulan Ramadhan tahun lepas
KA beri ALONG sedikit wang untuk dia beli pakaian baru sempena Hari Raya
Bila KA tanya ALONG cukup tak duit tu dan ingatkan beli apa yang perlu saja dulu
Cepat je ALONG jawab In Sya Allah cukup nanti !
Dan bila ALONG balik malam tu
Macam tak percaya pulak tengok, banyak sungguh yang dia dapat beli
Dengan sedikit wang yang KA bekalkan petang tadi
ALONG pun bercerita, bila sampai saja di Down Town tadi
Ada seorang budak lelaki menjual Surah Yassin pada mereka
Kawan2 ALONG yang lain tak beli, tapi ALONG beli
Satu, sebab memang bulan Ramadhan ada bacaam Yassin di Asrama
Dan mudah untuk ALONG bawa Yassin bersaiz kecil tu
Sebab kedua, ALONG kata dia kesian kat budak tu...
Tapi, cerita ALONG lepas aje dia beli Surah Yassin dari budak itu
Apa saja barang yang dia nak beli ALONG dapat dan paling best
dengan harga yang ALONG minta dan tiada masalahpun.  Syukur Alhamdulillah !
Sampai kawan2 ALONG yang lain naik hairan
Kerana mudah saja ALONG menawar harga barang yang hendak dibeli ..
Buat baik dibalas baik kata ALONG... begitulah !

Apapun, hakikatnya begitulah kehidupan kita sebagai insan biasa 
Sentiasa berbuat baik dalam apa jua keadaan 
Kerana berbuat baik itu satu kewajipan buat kita 
Tetapi jangan mengharap balasan kebaikan pada kita semula
Sebaliknya berbuat baik kerana kita ikhlas dan kerana Allah swt ...
In Sya Allah, Allah swt tahu ketulusan hati kita
Percayalah dengan berbuat kebaikan kita pasti akan memperolehi ketenangan !
KA sekadar berkongsi cerita ....

Salam,
KESUMA ANGSANA

28 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

Yana Libra said...

bagusnya along ...nak jadi macam dia :)

tiga lalat said...

salam jumaat mak along tuu ., insaf kanns

paridah said...

berbuat baik insyaAllah dibalas baik...n along seorang anak yg baik didikan ummi abahnya juga sgt sempurna baik.

❤Kamsiah❤ said...

kata pepatah org dulu2..
berbuat baiklah selalu..berbuat jahat jgn sesekali..

Kakzakie Purvit said...

Hakikatnya andai tidak ada balasan di dunia pun (sebab kadang kita tak sedar) di akhirat pasti ada balasan baiknya. Malaikat tak pernah lalai mencatat KA.

Kakcik Nur said...

Suami kakcik pun pantang jumpa kemalangan mesti hendak berhenti untuk beri pertolongan walaupun kakcik sendiri dah pucat lesi sebab seriau...

InsyaAllah, buat baik dibalas baik. Cuma jangan kita berbuat baik kerana mengharapkan balasan, kan? :)

aryan azra said...

batul tu KA...berbuat baik pasti dibalas baik, walaupun kebaikan yang dibuat tu bukan untuk mendapatkan balasan, yang penting kita ikhlas

eelobor said...

bila memudahkan urusan orang lain, Insya Allah akan dipermudahkan urusan kita pula. terima kasih untuk peringatan

Raihanah said...

Berbuat baik dibalas baik

ANIM said...

tahniah Along..
inspirasi buat semua..

Fida Z Ein said...

Kekadang...kita akan rasa tenang lepas bantu orang...ada aura positif yang datang....macam lepas solat...

Ira said...

Betul kata along tu.. buat baik dibalas baik..
Yg penting ikhlas kan..

Wa said...

Alhamdulillah..murah rezeki Along...:)

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah...sejuk hati perut baca entry ni KA.
Semoga ini dpt berikan sedikit dorongan pada kami utk berbuat kebaikkan selalu :)

dear anies said...

tahniah along...murah rezekimu

LydSunshine said...

Saya pun percaya dengan rezeki kerana berbuat baik tu. Yang pasal tolong masa kemalangan tu, aya pon pernah kemalangan, lepas tu ada org tolong saya angkat kereta saya yg terbalik. Lepas tu, semua hilang, saya tak sempat nak ucap terima kasih. Mcm betul2 tolong je. Kalau saya pulak, tak berhenti bila org kmalangan sebab mcm sendiri pon tak tau nak buat apa. Tak pandai. Tapi tu la. selagi takcuba cemana nak pandai kan?

ohpanduan panduan said...

Kena buat balik juga. Nanti Allah suka dan akan bantu kita.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Nak kena buat macam along buat. Bagus along.

Jobdirumah Buat Duit said...

Bagus along. Kena ikut cara along buat juga.

Bunda_nora said...

Tahniah Along...

LadyBird said...

Alhamdulillah.. Allah terus tunjukkan kan.. Semoga along terus jd anak yg baik.. Insya Allah akn disayangi semua.. N Allah akn sentiasa mudahkan urusan along. Ameenn..

Kira Sakura said...

Alhamdulilah janji Allah tu sentiasa pasti kan KA

LYAfrina said...

betul tu kak..
berbuat baik sentiasa..tnpa mgharap balasan...

cahaya said...

salam cahayacinta..

kalau kita buat baik tapi balas sebaliknya kita kena redha harp ada hikmah sebaliknya

Mizz Aiza said...

bagus along begitu.. Buat baik seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan..

Mummydearie said...

Kena percaya bila kita berbuat baik, yang baik-baik pula akan datang kepada kita. Itu memang janji-Nya. Tapi, tak perlulah semasa berbuat baik tu dah terniat dalam hati akan dapat balasan yang baik juga suatu hari nanti. Kisah-kisah yang berlaku pada Along ni menginsafkan sebenarnya.

Saya pun macam KA juga. Kalau terjumpa/ternampak kemalangan, cepat-cepat suruh HD jalan, jangan slow-slow kereta dok sibuk nak tengok apa berlaku. Bukan tak mahu menolong tapi saya takut sebenarnya. Tak tahan melihat hal-hal macam ni. Ngeri!

ArELeEz said...

what u give, u get back. dlm bentuk ape yg akan kite dpt tu, wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...