Tabung Masa Depan ...

Monday, November 23, 2015

Hari Cemerlang Buat Adik Di Tahun 2015

Selepas setahun menyemai ilmu di sekolah
Tibalah hari yang ditunggu dan pasti menjadi sejarah
Menuai hasil segala ajaran dan ilmu yang tamat sudah
Di hari kecemerlangan akhir tahun 2015 di sekolah
Pada hari Khamis minggu lepas
Dan sebagai parents kehadiran tu wajib
Sebagai tanda sokongan kepada anak2 kan ...
Ibu bapa manalah yang tak bangga jika anak2 berjaya  betul tak !

INI SESSI SEKOLAH PAGI ....
Adik di Sekolah Kebangsaan
Tempat pertama keseluruhan darjah 3 dan terbaik beberapa matapelajaran utama



Kata Cikgu kelas yang mengajar Adik
Adik bagus dan mudah terima pelajaran
Bukan setakat belajar di kelas aje
Belajar menari pun Adik bagus juga
Sempat lagi Cikgu tu komen waktu KA rakam video Adik buat persembahan
" Qamarina ni bagus, senang ajar, menari pun ikut rentak dan tak laju macam yang lain2"
Macam2lah komen Cikgu Adik ni !
Ni kongsi sikit pic Adik buat persembahan
Tarian lagu darah muda nyanyian  WANN.. hehehe

INI SESSI SEKOLAH PETANG ...
Macam mana di Sekolah Kebangsaan
Begitulah juga Adik di Sekolah Agama petang
Terbaik dalam tahun 3T dan terbaik  juga dalam 7 matapelajaran utama
Kesian pulak tengok Adik berpusing2 dia
Ke depan ke belakang untuk ambil hadiah

Sebenarnya ramai yang tanya dan PM pada KA
Minta kongsi bagaimana cara dan resepi anak2 berjaya
Bukan tidak mahu berkongsi rahsia
Tapi takut nanti dikatakan riak pula
Sedangkan formula dan cara nya biasa2 aje pada KA
Yang penting ada usaha, sokong anak2 tak kira mereka berjaya atau tidak
Jangan berhenti mendoakan anak2 terutama ketika hari peperiksaan
Tak percaya tanya Adik
Itu ajelah yang biasa KA lakukan biasanya
Parents, guru2 memainkan peranan termasuk students itu sendirikan
Lagi satu, kena ingat, tak semua anak2 kita dilahirkan cerdik pandai
Itu kita harus terima, kerana setiap anak ada bakat dan kelebihan yang berbeza2
Yang penting sokongan dari kita ibu bapalah yang paling utama
In Sha Allah, kalau bukan dari segi akademik, mereka mungkin berjaya di bidang yang lain juga !
Bukan KA kedekut ilmu yer
Sebab KA tahu satu dari 12 pintu pembuka rezeki adalah berkongsi ilmu walau sedikit
Tapi hakikatnya itulah rahsia nya
Kalau tanya Adik apa resipi untuk berjaya
Pasti jawab Adik " Ala , resipi biasa2 aje, macam orang lain juga !"

Apapun, Doa & harapan KA moga ADIK terus istiqamah dan berjaya dalam hidup
Dunia dan Akhirat begitu juga buat ALONG & ANGAH ! In Sha Allah....

24 comments:

❤Kamsiah❤ said...

tumpang bangga bila tgk ramai ibubapa kongsi kejayaan anak2 masing,.tahniah adik..semoga terus cemerlang..

Ira said...

tahniah adik..
seronok adik dapat hadiah..

tahniah buat KA juga..
betul tu KA.. bimbang juga kalau nk menulis ni kan..
doa ibu tu sangat penting.. terima kasih sbb mengingatkan..
semoga adik terus cemerlang dunia dan akhirat..

Nurzakiah Hanum said...

tahniah

Eye_nee said...

Congrate adik...congrate juga buat kamu kawan...usaha dia..doa kamu...ALhamdulillah..s.emoga adik terus berjaya...Along dan Angah juga...

paridah said...

tahniah adik n KA..banyaknya adik dpt hadiah...moga terus capai kejayaan di dunia n akhirat.

Sanisah eeiyss said...

tahniah, moga cemerlang dunia akhirat~ amin (^___^)

Nafira usof said...

Tahniah Adik.. Untie gembira atas kejayaan adik. walaupon untie baru jer terjah kat sini.. tapi tumpang bangga atas kejayaan2 adik. tahniah sekali lagi.

Tahniah jugak buat KA.. :)

eima said...

Tahniah.....nampak besar dah adik

hainom OKje said...

Tahniah Adik....ni ha auntie pun nak tumpang sejuk perut mengandung adik hihi....
Pokok pangkalnya kena rajin berusaha, kalau malas, pandai macamana pun susah jugak berjaya. Tahniah adik, kekalkan terus kecemerlangannya ye

suka suka said...

Tahniah adik dan ibu...

Ibu Lala said...

Apa rahsia nak supaya anak anak pandai. Kagum dgn anak anak akak. Tahniah adik. Adik ni sebaya anak sy yg. No 2.

aryan azra said...

saya berharap sangat KA akan kongsikan tip2 atau cara KA mendidik anak2 KA, tak kisahlah orang nak kata riyak ke apa, yang penting saya dapat sedikit perkongsian dari KA, ilmu untuk mengajar anak2 ni masih cetek buat saya, apatah lagi anak2 saya masih kecil dan baru je memulakan persekolahan..

harap sangat KA sudi untuk share tip2 mendidik anak2..terima kasih KA

Kakzakie said...

Anugerah Allah berikan kebijaksanaan pada adik
Tahniah dari auntie buat adik.

Mizz Aiza said...

Alhamdulillah.. Tahniah kepada adik dan KA juga.. Bertuah KA dapat anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.. ;)

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah syukur..tahniah KA tahniah adik :)

Mummydearie said...

Tahniah, Adik! Wah, banyak sungguh dapat hadiah. Pagi dan petang disapu bersih ya, Adik! Baguslah, semoga Adik terus-terusan cemerlang dalam menimba ilmu dunia dan akhirat.

Saya setuju dengan KA. Anak-anak ni walaupun satu emak, satu bapa, banyak bezanya. Yang penting kita sokong apa yang kita rasa betul untuk mereka berjaya pada masa depan.

eelobor said...

Alhamdulillah....tahniah adik. kalau kena dengan acuannya ini lah hasilnya

tiga lalat said...

tahniahnyerr., :p

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahian buat Adik. Cikgu pun suka adik. Banyak yang adik bagus ;-)

Jobdirumah Buat Duit said...

Tahniah buat adik dan KA. Semoga bertambah berjaya selepas ini.

Wa said...

Waaaaa....banyaknya hadiah, tahniah adik...tahniah buat KA jugak..mesti seronok kan bila anak kita berjaya berkat usaha diorang. Moga adik terus cemerlang di dunia dan akhirat,

ANIM said...

tahniah adik..
pandai ya merendah diri.."biasa biasa aja.."

Fiza Rahman said...

Tahniah adik. Smoga terus cemerlang.

Cikna said...

Amboi dia bolot semuanya ye BTW tahniah2x kekalkan utk thn2 yg m'dtg k....;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...