Tabung Masa Depan ...

Tuesday, November 17, 2015

Layan Cerita Anak2 Yang Ber Darah Muda !

Mencuri2 masa update cerita di blog walau idea tepu sebenarnya
Lagi2 dengan masa yang terhad sangat sekarang ni
Dah pun minggu akhir persekolahan buat anak2
Minggu depan siapalah rumah jadi bak tongkang pecah
Bila semua anak2 duduk berkumpul di rumah
ALONG macam tulah jadi anak lelaki2 sifat nakal2 dan main2 tu masih ada
Walau result exam masih lagi power
Cuma kita doakan seiring umur yang bertambah sikap itu akan perlahan2 berubah
ANGAH, oklah dah setahun duduk berjauhan, tak banyak 
Yang boleh diceritakan selain kejayaan jadi best student exam lepas
dan azam dia untuk terus berjaya dan melakar kegemilangan tu
ADIK....hrmmm..
Apalagi tentang Adik, kata Angah tak payah cerita lebih2 nanti jadi riak pulak
Itu lah juga antara sebab kenapa KA malas nak bercerita sangat tentang anak2
Lagi2 tentang Adik, walau niat kita baik untuk berkongsi cerita sahaja
Tapi yelah hati manusia, tak sama kan, takut di katakan berniat lain..
Apapun ,Allah swt juga yang tahu kan !
ADIK macam biasa masih dengan pot pet dia tu
Bab2 sekolah no. 1, tak boleh nak ponteng walau sehari, 
Tak taulah  apa yang best dan seronoknya kat sekolah dia tu !
Dan Alhamdulillah, result exam Adik untuk exam Akhir tahun 3 
Adik dapat tempat pertama untuk keseluruhan darjah 3 tahun ini
Serta terbaik dalam beberapa matapelajaran
Paling manis sekali...
Kejayaan berganda untuk Adik bila dapat tempat pertama juga
Di Sekolah Agama petang dan terbaik juga dalam beberapa mata pelajaran !
Syukur pada Allah swt,...tak sia2 Adik berusaha
Dan berbaloi penat lelah kita meneman dan mengajar di rumah
Walau credit tu tetap pada Adik yang dah buat sehabis baik
Serta cikgu2 serta guru2 yang tak jemu2 menabur jasa dan mendidik
Sibuk dah sehari dua ni Adik bagitau KA
ADIK :  Ummi ambil cuti yer, datang tengok Hari Anugerah kat sekolah Adik !
Sekolah pagi dan Sekolah petang tau Ummi..
KA :  Tak payah datang pun tak pe kan, Ummi dah tau dah Adik dapat no. berapakan, apa
hadiah yang Adik nak dapat , semua Ummi dah tau pun...
ADIK :  Eh, bukan pasal tu !!!
KA :  Habis tu ?
ADIK :  Sebab Adik ada buat persembahanlah, Ummi kena tengok lah nanti !

Oklah untuk semua anak2 KA, ALONG, ANGAH DAN ADIK
KA nak tujukan lagu ini yerk...Lagu feveret anak2 KA sekarang ni
Baik dalam kereta baik di rumah. Di ulang2 nyanyi lagu ini... LAYAN 
Apa nak jadi biar lah jadi, yang penting kena jaga diri dan jangan lupa diri yer !!!
DARAH MUDA BY BUNKFACE


Aku mahu salam,Lupakan hari semalam

Sementara masih ada,Hajat cinta di dada...
Yeah... woww
Malam ini seksi,Layan indie sampai pagi
Apa nak jadi biar jadi,Janji jangan lupa diri
Ini cerita,Hey orang muda
Hanya mahu bernyawa
Ini cerita,Darah muda
Selamanya
One, Two, Three, Go!
Pulanglah malam ini
Bintang-bintang dilangit sedang menari
Janji aku padamu,Kita kekal sampai tua
Hahaha... style
Aku mahu dia,Terima aku semula
Aku janji takkan lari,Cause you are the only one for me...
Ini cerita,Hey orang muda
Hanya mahu bernyawa
Ini cerita,Darah muda
Selamanya
One, Two, Three, Go!
Pulanglah malam ini
Bintang-bintang dilangit sedang menari
Janji aku padamu,Kita kekal sampai tua
Pulanglah malam ini
Bintang-bintang dilangit sedang menari
Janji aku padamu,Kita kekal sampai tua
Are you ready?Yo are you ready?Bunkers are you ready?!
One, Two, Three, Go!
NanananananaOh o wo ohh
NanananananaOh o wo ohh
NanananananaOh o wo oh
Nananananana




21 comments:

Puan Kutu said...

Alhamdulillah semoga adik dpt teruskan kecemerlangan..klu difikirkan orang memang macam2 KA..yg penting niat kita..sy tumpang bangga dengan kejayaan anak2 KA

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Layan jiwa muda anak2 ye KA..
Sekali sekala kan..
Selalu anak2 memang nak sangat kita dtg tengok persembahan mereka..
Anak CH hari sabtu ni minggu kecemerlangan..
Habis sekolah baru buat :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamduillah semuanya pandai-pandai anak KA. Semoga bertambah cemerlang dunia dan akhirat. Jadi anak-anak yang dapat bantu keluarga di dunia dan akhirat.

Jobdirumah Buat Duit said...

Tahiah buat angah dan adik. dua-dua sama pandai.

OhPanduan said...

Pandai anak-anak KA. Tahniah buat angah dan adik dapat tempat pertama ;-)

Ira said...

Alhamdulillah..
Tahniah angah & adik..
Tahniah utk KA juga..
Excited adik nak ummi tgk persembahan dia ye..
Semoga adik terus bersemangat.. :)

Ibu Lala said...

Bagus anak anak akk ni. Sume pandai pandai belaka. Apa resepi kak

idzwa kamaruddin said...

wahhh saya terpaksa berpisah2 dgn abah diaorang sebab dedua majlis berjalan serentak.

paridah said...

tahniah adik n angah along permata KA yg amat berharga...bijak pandai semuanya...

ietams said...

tahniah adik! dapat no 1 keseluruhan darjah tu. Hebatnya!

Eye_nee said...

Beb...bila hak kita org lain pertikaikan pedulik kan jer beb...suka sgt baca bila kamu tuliskan ttg adik...adik yg sgt pintar..boleh jd motivasi sebenarnya beb pd org lain dgn crita2 yg kamu tulis ni...pemangkin semangat...pdg lah sesuatu dari sudut positif kan....Tahniah adik...adik berhak peroleh semua tu kerana usaha adik..tahniah juga buat kamu fren...ini hasil didikkan kamu...

che mid said...

Hamboiii.. tak payah kan anak-anak, ni ha mak budak pun goyang2 gak ni..

Mizz Aiza said...

lama aiza tak singgah sini.. alhamdulillah.. tahniah kepada adik.. ;)

Wa said...

Tahniah buat adik...pandainyaaa..bukan senang nak dapat no 1 keseluruhan tu.

Wa said...

Datang follow sini

Fida Z Ein said...

Samapaikan ucapan tahniah buat adik yang mendapat kejaan berganda...semoga menjadi penyejuk mata dan hati...berjaya di dunia dan akhirat

aryan azra said...

Assalamualaikum KA..lama saya tak menjenguk sini, baca cerita pasal adik.
Alhamdulillah...tahniah adik atas kecemerlangan dalam pelajaran dan tahniah juga buat KA yang melahirkan anak yang cemerlang, pasti Doa Ummi mereka sentiasa mengiringi hingga membuahkan kejayaan yang cemerlang buat anak2..

Bercerita kegembiraan dan kejayaan anak2 sebagai pembakar semangat untuk teman yang membaca KA.

Kira Sakura said...

Alhamdulilah tahniah adik, tahniah ummi, tahniah babah!!!!! moga adik terusss bersemangat dan berjaya aminnn

kalau nak ikut apa kata orang memang payah KA. kira lebih suka fikir macam ni. tiap apa yang kita kongsi dekat blog tu untuk tatapan kita yang utama, untuk kenangan kita. sebab kadang dalam space otak kita berapa banyak memori sangatlah yang boleh disimpan kan. jadi pedulikan apa orang nak kata selagi kita tau niat sebenar kita :)

hainom OKje said...

Tahniah jugak untuk KA yg terus menerus mendoakan anak anak cemerlang. Bonus berganda ye KA. Lega dan bangga sudah semestinya...

Nangis tak? Kalau okje dah nangis gembira tu

Mummydearie said...

Jangan dipedulikan sangat apa orang kata, KA. Adakalanya kita teruja nak berkongsi cerita bukan kerana nak menunjuk-nunjuk. Tapi biasalah jadi manusia ni. Rambut aje sama hitam (sekarang pun dah boleh dye macam-macam kaler..keh3x) tapi hati lain-lain. Kalau kita tak cerita pun adakalanya jadi bahan umpat mengata orang juga.

Apa-apa pun tahniahlah buat anak-anak KA yang sentiasa cemerlang dalam pembelajaran mereka! Lama sungguh tak dengar kisah Angah. Katanya dah say goodbye to dunia blogging. Sampaikan salam Aunty MD buat Angah ya, KA ^_^

eelobor said...

sambil-sambil mencari idea tapi entri nie tetap panjang jugak yer. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...