Tabung Masa Depan ...

Wednesday, November 25, 2015

Puisi Pendek Hasil Kerja Adik !

Sekarang ni kan musim cuti sekolah
Jadi apa ajelah kerja Adik di rumah
Kalau bukan buat kerja2 yang dia rasa berfaedah
Macam biasa kerja-kerja hasil tangan dia ajelah
Contohnya macam gambar kat bawah
Bila di tanya cepat aje dia mencelah
Yang ini macam hiasan dindinglah
Nak buat pun senang dan mudah ajelah
Yang penting kena ada minat ajelah
Bila di tanya kenapa guna kertas warna hijau dan merah
Jawab Adik : apa warna pun sebenarnya tak jadi masalah
Cuma kita kena kreatif sikitlah
Supaya hasilnya nanti jadi lebih menyerlah 
Tapi yang ini Adik buat simple2 dulu sudahlah....

Bila KA tanya :"cara bagaimana nak memulakan "
Adik cerita sambil tangan dia tu sibuk menunjukkan
" Mula2 lipat empat satu kertas dan mulalah mencorakkan
Ikut lah idea kita sendiri dan lepas siap terus buka aje lipatan
Ambil lagi sehelai kertas yang warnanya berlainan
Dan terus aje lekatkan
Tara... hasilnya memang cantikkan !
Kalau rajin ikat reben kat atas dan gantungkan
Boleh jadi hiasan dinding dan hasilnya menarik sangatkan..... "
Bila KA kata :  " Boleh tak nanti kita buat sama2"
Laju aje jawab Adik : " takda masalah punya
Janji..... kertas warna Ummi kena sponsor
Dan kalau boleh Ummi belilah dan  kena guna
Kertas yang cantik2 ...macam kertas2 hadiah tu ke  "

Adik, Adik... ada2 ajelah idea dia !
Harapnya minat dia ni berterusan hingga tahun empat tahun depan yer ...

25 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Baguslah Adik ..
Kreatif sungguh..
Pandai ye.. suruh mama sponsor kertas warna..

Sue-Rya Qistina said...

wahhhh..bagusnya adik..kreatif!

Nurzakiah Hanum said...

:)

zazanizam said...

as salam kak, lama tak singgah sini hehe..
lucu la adik ni, btw adik kreatif sangat !

Kakcik Nur said...

InsyaAllah minat Adik ini akan membawa kejayaan dalam hidupnya di masa akan datang... :)

paridah said...

sekejap saja adik kecil ni dh nk masuk tahun 4 sambil berceloteh dgn umminya..

Ibu Amirul said...

kreatif adik ni

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah pandai adik berceloteh kat KA. Pemilihan warna yang kreatif katakan. Pandai adik ;-)

Jobdirumah Buat Duit said...

Seronok baca kisah adik. Pandai betul berkata-kata. Nanti besar boleh jadi peguam macam ni.

OhPanduan said...

Pandai adik. Cantik hasilnya.

Eye_nee said...

sel2 otak adik berhubung penuh kreatif...

Kakzakie Purvit said...

Bijak menggunakan masa adik ni..

nohas said...

kreatif..gabungan colour yg menarik..

Bin Muhammad said...

Assalam KA,
Ade jer idea adik ni... Kreatif dan menarik pula hasilnya!
Selamat bercuti buat adik...:)

Ibu Lala said...

Anak sy pun ada buat ni kak dlm exam lepas or thn lepas. Jenuh kena suruh dia praktis. Budak laki mana tau buat benda benda camni

LadyBird said...

Kreatif anak mamy. 😁😁


Salam sis..

Wa said...

Kreatif dan rajin sungguh adik,,pandai cakap pula tu hihihi

eelobor said...

wah...sangat kreatif. kalau bagi kat saya belum tentu boleh buat sama cam gitu sbb tangan ni memang takde seni langsung. hihihi

Mummydearie said...

Adik memang kreatif. Boleh bayangkan macamana celotehnya dia kalau bertemu empat mata ^_^ Harapnya kekreatifan Adik ni berkekalan sampai dewasa. Tak dapat jadi kapten, dapat jadi interior designer pun boleh ler :)

ANIM said...

kreatif..kreatif..
mindanya selalu berjalan mencari idea kan, KA..

Mizz Aiza said...

kreatifnya adik.. bagus isi masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah begini..

Fiza Rahman said...

Adik memang kretif ☺

Atie Yusof said...

Kreatif nya Adik ni KA.. bijak! :)

el said...

awesome sgt berbakat

dear anies said...

tangan berseni adik ni ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...