Tabung Masa Depan ...

Thursday, November 26, 2015

Tips Didik Anak Dari ARYANAZRA

Sebagai mak2,  KA tak nafikan pasti kita mahukan anak2 kita berjaya 
Tapi apakah usaha kita ke arah itu
Selain doa, dorongan dan galakan serta sokongan ibu-bapa sangat perlu
Jangan hanya memuji bila anak berjaya
Tapi berilah sokongan sepenuhnya walaupun anak2 kurang berjaya
Kerana setiap anak ada talent & kelebihan yang berbeza

KA juga suka baca tips2 dan petua2 terbaik mendidik anak2
Contohnya seperti yang dikongsi salah seorang teman blogger KA yang ini

 " Selain ajar anak-anak kenal A,B,C dan 1,2,3 sekarang ini setiap malam 
sebelum tidur mama pastikan mama akan bacakan untuk anak-anak satu surah lazim.
Alhamdulillah anak-anak pun suka. Tapi mama pun perlu kental dalam mengajar, 
bukan apa kadang badan terasa letih, mata pun cepat je nak terpejam,
 tetapi anak-anak bersemangat untuk belajar, siap ingatkan mama 
" mama malam ni kata nak sambung baca lagi" 
walaupun mengantuk mama gagahkan juga,
 apatah lagi bila tengok ketiga-tiga anak
 sudah bersedia ditempat masing-masing "

" Buku yang mama gunakan, dengan ilustrasi yang ada dapat menarik minat anak-anak,
 biasalah anak-anak akan mudah tertarik dengan gambar dan warna yang menarik 
dalam buku.mama ikut teknik seperti yang pernah mama baca,
 kita baca dahulu 3 kali, baru suruh anak-anak ikut. 
tapi menghabiskan bacaan agak susah, bukan apa anak-anak akan pantas bertanya
, sebab mama baca dengan terjemahan sekali..."mama syaitan bisik tu macammana?" 
yang bertanya tentulah abang adam, 
adrien lebih suka bertanya perihal gambar yang  ada didalam buku.
 adelya pula akan ikut bacaan mama yang dihujung sahaja...

Baguskan Tips Yang Beliau Kongsikan
KA paling suka bila beliau berkongsi bab2 parenting ni..
Uosl semua boleh baca lebih lanjut kat blog beliau ini yer
( TQ AryanAzra sudi datang dan komen bertubi2 di blog KA ini )

http://aryanazra.blogspot.my/

Setuju sangat dengan cara beliau tu, bukan senang nak anak2 berjaya
Kita juga sebagai ibu bapa harus mainkan peranan
Oklah, Sebab ada yang bertanya resepi kejayaan anak specially Adik
KA kongsikan sikit kat sini
Tekniknya lebih kurang sama aja
Untuk Adik contohnya sedari kecil lagi KA akan bacakan Ayat2 lazim,
Ayat kursi, mahupun doa2 yang baik semasa menidurkan Adik
Benda2 ni dah jadi rutin harian dan menjadi satu kemestian 
Perkara yang sama KA lakukan selama bertahun2 sehinggalah ke hari ini
Waktu sebelum tidur itulah biasanya KA manafaatkan sebaik mungkin
Untuk bagi nasihat, bercerita tentang harapan kita untuk mereka
Selain mengguna masa itu buat anak2 berkongsi rahsia & rasa mereka
Anak2 akan lebih tenang selepas meluahkan segala yang berbuku
 Dan ini menyumbang kepada proses pembelajaran mereka keesokan harinya
Jiwa yang relaks, minda tenang memudahkan mereka menerima ilmu yang diajarkan
Tak salah kalau kita ambil masa bercerita sedikit kepada mereka
Dan beri contoh2 dan cerita2 kejayaan yang boleh mereka contohi
Paling bagus kalau boleh bercerita kisah2 nabi dan para sahabat
Very important, Always be there bila anak2 memerlukan kita !
Kalau nak bercerita segala tips & rahsia satu purnama takkan habis gamaknya
Kita kongsi sikit2 dulu yer, nanti kita story2 lagi..

Apapun semoga kita semua as a parents terus Istiqamah dalam mendidik anak2

Salam,
Kesuma Angsana

20 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Betul tu KA..
Kena ada dorongan dari ibubapa..
Baru anak2 boleh berjaya..
Yang penting didikan agama..

Nurzakiah Hanum said...

great

mama maman aka yana said...

Gud sharing... nak terjaj jugak blog sana.. tq share

Mizz Aiza said...

bagus perkongsian tips KA mendidik anak-anak.. kalau dari segi psikologi pun waktu sebelum tidur paling baik untuk kita memberikan motivasi kepada diri agar bersemangat apabila bangun tidur pada keesokan harinya..

Ira said...

Alhamdulillah.. dpt ilmu yg bermanfaat hari ni..
Terima kasih sudi berkongsi..

tiga lalat said...

mugo bermanfaat., aminn

idzwa kamaruddin said...

Terima kasib diatas perkongsian ini nasihat ini da peringata ini :) saya take note!

Fiza Rahman said...

Betul tu KA. Guru yang terbaik buat anak² adalah kita sebagai ibu sendiri.

aryan azra said...

terima kasih KA sudi berkongsi tips dan terima kasih juga sudi buat entri tentang cerita saya tu..

Kakzakie Purvit said...

Sungguh benar apa yg dikatakan aryanazra kan
Apa pun kehendak dalam hal mendidik ibu-bapa kena main peranan penting.

paridah said...

anak2 dididik sebaiknya demi masa depan mrk n perlu dicari ilmu yg berkaitan dgnnya...

Atie Yusof said...

Suka tips2 parenting ni KA... sy ni masih baru, so mmg kena bnyk belajar ilmu keibubapaan ni.. dah follow blog Aryanazra ni..byk tips2 yg berguna...:)

eelobor said...

terima kasih berkongsi

Bunda_nora said...

Semoga bermanfaat untuk semua...

ohpanduan panduan said...

Terima kasih atas perkongsian tips ini akak. Bagus tipsnya

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga ramai yang dapat ikut tips ini.

dear anies said...

peranan ibu bapa mmg penting dlm pembentukan diri, sakhsiah dan peribadi anak2... baik acuannya, moleklah kuihnya ;-)

Kira Sakura said...

ibubapa guru pertama untuk anak2 ye tak KA. kita lah role model diorang

LYAfrina said...

ibubapa perlu memainkan peranan utama..

Mummydearie said...

Kita sebagai ibubapa kena berikan panduan yang baik untuk anak-anak. Baik yang kita didik, baiklah didikan yang mereka dapat. Bagus juga cara blogger ni mendidik anak-anaknya. Bukan sekadar duniawi sahaja yang dikejar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...