Tabung Masa Depan ...

Thursday, December 10, 2015

ALLAH S.W.T KNOWS BEST !

KA akan bercuti mulai esok hingga rabu depan
Saja2 ambil cuti sambil merehat2kan jiwa dan fikiran
Malah nak fikirkan macam2 benda yang menyemakkan kepala ni
Contohnya macam yang ingin KA kongsi kan hari ni

Biasanya komen2 CIK ANON ni akan masuk SPAM
Atau KA akan terus delete aje tanpa membaca
Tapi kali ini KA sengaja copy dan letak di blog
Untuk berkongsi sama dengan rakan2 blogger
What say u alls?

Inilah antara sebab KA malas nak layan blog 
juga antara punca kenapa KA tak mahu bercerita lagi tentang anak2 specially Adik
Walau bertubi2 komen yang datang mahu tahu kisah terbaru Adik
Walau mungkin niat hati kita baik 
Tapi begitulah manusia ni, tak sama warna hatinya walau rambut sama warna
Hakikatnya...
Bukan semua orang suka dengan apa yang kita tulis dan kongsi sama

Untuk CIK ANON ni,
Terima kasihlah kerana mengingatkan KA yang mungkin sedikit terlalai dan terlupa
Dengan komen yang makan dalam ni...
" Salam Makcik, bukan nak cakap apa, anak orang lain pun pandai jugak,
tapi takde pon nak bangga macam ni, memanglah blog ni makcik buat
untuk cakap pasal dia tapi kalau semua benda pasal adik nak post susahlah,
takut2 besar nanti tak menjadi makcik jugak yang sedih " 

Astagfirullahalazim...
Apapun,  Buat CIK ANON
Kalau benar berniat ikhlas memberi nasihat & peringatan
Kenapa perlu berselindung di sebalik nama CIK ANON
Kan lebih baik kalau guna nama sebenar
Dan berkongsi cara you menzahirkan rasa bangga ke atas anak2 pula
Or kalau you seorang kakak atau abang bagaimana cara you
Menghargai adik2 you....
Sharing is caring kan ! Apa kata berkongsi sama !

Setiap patah kata dan apa yang ditulis oleh seorang ibu
Adalah sebahagian doa untuk anak2nya
Bukan niat untuk berbangga ataupun riak
Sebagai hamba Alllah kita harus yakin dan percaya
Gagal atau berjayanya seorang anak itu sudah ditentukan Allah swt
Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan yang Maha Esa !
Yang pasti kita harus terima dan KA terima juga apa juga yang sudah tertulis
Buat mereka satu hari nanti
Tanpa rasa sedih & kecewa, tapi KA redha ! In Sya Allah..

Akhir kalam, buat CIK ANON..
"ALLAH S.W.T THE GREATEST " & 
" ALLAH S.W.T KNOWS BEST ! "
( GOOGLE IMAGE )

Salam,
KESUMA ANGSANA

29 comments:

Qaseh Suhaida said...

Abaikan org mcm tu.....
Mmg buat sakit hati aje....

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi

Kakzakie Purvit said...

Kakak bukan nak nasihat tapi sekadar menitip sedikit buat pengubat rasa lara KA. Abaikan saja mana yg menyakitkan. Usah simpan dlm hati nanti kita rasa tak best utk berblog. Memang bila berada di alam maya macam-macam manusia kita akan jumpa. Anon ni dah jadi asam-garam biasa.

Jgn kerana Anon pulak cerita KA tamatkan. Dia bertepuk tangan sedangkan kawan yg macam kakak ni ternanti-nanti kerinduan.

Kayu Manis said...

Hati dia hitam kut...
Sabar jerlh KA..bersepah org mcm ni...

Selamat bercuti KA jaga diri ye...

eelobor said...

hahaha....bersabar dan bertabah lah KA. dah terbukti dengan komen sebegitu sebenarnya Cik Anon yang mempunyai masalah hati sebenarnya. KA takde apa2 masalah pun. Saya pun suka membaca sebab apa yang baik untuk saya jadikan pengajaran, saya akan ceduk. Jika tak sesuai dengan cara saya, tinggalkan ajer. Very simple dan tak perlu nak jadikan hati kita kotor dengki sana sini. eh..... terlebih lah emo saya.

paridah said...

selamat bercuti KA rehatkan diri bersama famili lupakan semua gangguan2 emosi...kita dgn cara kita blogging biar cik anon dgn caranya...

Kakcik Nur said...

'Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya'

Dia yang sakit biar dia cari penawarnya sendiri, jangan sampai kita dijangkiti sama...

eita said...

abai je...biasa lahmungkin makcik anon ni baca dalam keadaan serabut kot tu yang baca tak berapa ikhlas...

theIzuddin said...

Abaikan.

Paling penting niat kita :)

Set the comment setting to Registered User only. Selesai ^^

Mummydearie said...

Jangan makan dalam dengan kata-kata orang yang berselindung macam ni, KA. Kalau sayalah, tak perlu KA buat entri khas untuk memperjelaskan niat sebenar. Tentu kalau dia mengikuti entri ini, akan ternanti-nanti jawapan dari pengomen blog KA ni. Betul kata KA, kalau berani, gunalah nama sendiri. Buat apa nak beranon bagai. Cakap sembunyi tangan macam ni memang tak boleh diterima nasihatnya.

Pedulilah apa orang nak kata. Memang kita pun tahu, ada ramai lagi makpak yang ada anak bijak pandai lebih daripada kita. Kita tak menafikan pun. Kita cuma berkongsi cerita dan rasa gembira, bukannya nak bermegah-megah. Sekurang-kurangnya pada kawan-kawan yang ambil ia sebagai sesuatu yang positif, akan tambah bersemangat untuk mendidik anak-anak ikut cara makpak macam KA ni.

Sebenarnya zaman sekarang ni memang mudah benar orang nak mengutuk mengata kita tanpa menunjukkan diri. Apa kita buat pun akan ada aje orang yang berusaha untuk mengutuk itu ini. Orang macam ni kena sedar ~ manusia ni tak sempurna termasuklah dirinya sendiri!

Fiza Rahman said...

Abaikan jer lah kak. Dia jeles tu. Kalau tak nak baca, button x ada kat atas tu. Blog kita, suka hati kita nak citer pasal apa. Kita sekadar berkongsi.

Sila citer pasal pasal anak2 KA. Jangan berhenti tau. Kami suka baca ☺

tiga lalat said...

insaf kanns., peringatan utk diri wak jugak., huhu2

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam orang ada akak dalam dunia maya ni. Nak selamat jangan bagi peluang untuk Cik Anon ni komen. Setkan macam sekarang ni ok. Dapat tahun komen dari siapa.

Kakak Cantik said...

aik.. dah kenapa dia nak cakap gitu. erm abaikan saja manusia mcm ni.

aryan azra said...

selamat bercuti KA, tenang2kanlah fikiran jangan difikirkan tentang semua ini, biasalah manusia ni memang begitu, ada yang suka kita ada yang tidak suka, tapi kalau tak suka, rajin pula dia membaca entri KA tu.

apapun...abaikan sajalah dia

dear anies said...

Moga pulang bercui nnt fikiran KA akan lbh tenang dan tenteram

Ira said...

Selamat bercuti KA..
semoga gembira bersama keluarga..
Lupakan hal2 yg blh serabutkan fikiran KA.. enjoy your holiday ya!!

Didoakan smga cik anon diberi kebahagiaan spt mana yg dia inginkan..

Setiap org, x sama pendapat mereka ttg penulisan kita.. yg penting Allah tahu niat kita menulis..

eima said...

abaikan je org mcm tu ... bila hati hitam fikiran pun hitam ....
minda dicemari dengan perasaan begitu ....
kalau rasa tak suka click X je .... biarkan org lain yg baca ....

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum..

Jangan berhenti berblog selagi masih mampu dan ada masa...saya ada...suka baca blog ni...baru nak bermula...

LadyBird said...

Salam sis.. Huhu.. Ade jugak mcm tu ek.. Xterlintas pun d hati iza klu nk anggap bgtu.. Mungkin cik enon ni ade mslh kot sis.. Iza suke bc kusah org.. Tuk pgjrn diri sdri..

ArELeEz said...

abaikn jerr.. memule baca, mmg buleh makan hati b'ulam jantung. tp, assume je mereka2 tu spesis yg mmg xbuleh nak tgk org lain bahagia & -ve thinker. biaq p je lah.

Bunda_nora said...

Yang penting, nawaitu kita...

Sanisah eeiyss said...

alahai~ blog kita, jadi diari kita, apa yang kita rasa, tak salah kita nak kongsikan asal bukan mengaibkan orang~ huhu

apapun, Allah lebih tahu yang terbaikkan~ (^___^)v

Raihanah Ahmad said...

alahai, blog sendiri mestilah kita cakap pasal anak kita. kalau tak suka jangan baca. sabarlah sis, abaikan orang camtu

Sheila Adziz said...

Salam KA,,, dh lama tak masuk blog KA,,, apa pun biarkan lah apa org nak pikir KA... yg ptg Allah kenal kita siapa kan...:)

wahida said...

hahaha...saya dah lali dengan komen2 anon ni KA..ada je yg tak kena...
tapi saya baca je sambil tersenyum..dan doakan yang baik2 je la utk si anon...

abaikan je...tak yah fikir sangat...

Siti Yang Menaip said...

alaaaa awat lagu ni.. huuurm =(

Mizz Aiza said...

Usah pedulikan kata-kata mereka.. yang penting kita jadi diri kita sendiri dan tak susahkan mereka pun..

LYAfrina said...

inilah manusia...
sbb tu komen lya setting just utk google acc... anymous mmg xleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...