Tabung Masa Depan ...

Tuesday, December 01, 2015

Bila Adik Di Cium Si Charlie !

Ini cerita beberapa bulan lepas lah kiranya
Bila Adik ada aktiviti sukan di sekolah dia
Sempena dengan Hari Sukan Negara
Walaupun Adik dah berisi sikit, namun aktiviti2 ni masih tetap nak join juga
Kalau badan sihat pasti otak cergas minda cerdas katanya
Jadi KA sokong ajelah Adik bagi semangat macam biasa
Walau tak menang apapun, bak kata Adik penyertaan tu paling utama
Tapi dalam syok2 Adik tu, balik rumah dengan bibir yang bertanda
Bila KA belek2 sah2 Adik dah terkena
Ciuman maut dari Si Charlie yang berbisa
Nak tahu Charlie yang mana
Ni hah rupa paras dia ...encem lah juga !!
( Google Image )
Cerita Adik pada KA :
" Adik duduk tepi padang sekolah, tiba2 rasa macam ada benda yang merayap di muka,
lepas tu benda tu, turun kat bawah bibir Adik ni, Adik terus pukullah apa lagi.
Tahu2 balik dah ada kesan gigit macam ni, sakitlah Ummi !"

KA :  "Kena gigit kerengga kot !"

Adik : "Bukan kerenggalah Ummi tapi badan dia cantik sikit ada color2  !!"

Kata Adik lagi, rasa macam panas terbakar kena asid aje
Dan memang Adik rasa sangat2 tak selesa
Jadi, cepat2 lah KA dan En Hubby bawa Adik ke doktor 
Diberilah ubat makan dan ubat sapu juga
Tapi ubat yang diberi nampaknya tak jalan lah pula
Walau dah makan ubat dan dah disapu ubat tapi keadaan Adik masih sama 
Dek kerana kesian kan Adik yang nampak sungguh terseksa
KA bawak lah Adik ke hospital pula
Bertemankan En Hubby dan Along yang masih dalam MC dia
Periksa punya periksa doktor kata sah Adik kena gigit si Charlie yang bisa
Yang En Hubby sempat bergurau pulak dia
Macam manalah Si Charlie Chaplin ni boleh sampai ke Malaysia 
Nasib Adik baik sebab kena gigit di kawasan bibir dia aje
Tapi kesan gigitan Charlie macam kena acid atau air panas aje
Menggelumbung  warna merah dan macam ada isi air/nanah didalamnya
Gatal tu tak payah nak cakap ler
Memang kena tahan dan bertabah ajelah yer
Pesan Doktor jangan dipicit kesan gigitan tu tapi biarkan ia pecah dengan sendirinya
Sebab kalau kita pecahkan ia akan tinggalkan tanda yang kita pasti tak suka
Lagi2 pada muka dan Adik budak perempuan pula
Takut jatuh pulak saham Adik nanti yer he3
Selain ubat2 makan yang dibekalkan Doktor
Ada satu jenis Ubat cream sapuan yang dibekalkan juga
Macam ni rupa cream tu yer
Tapi memang bagus lah cream ni, sekali kita sapukan aje, 
Dah boleh nampak kesan2 tu susut dan mengecil aje
Tapi KA pesan berulang2 kali pada Adik jangan tangan tu gatal nak usik2 kat situ aje
Alhamdulillah, selepas beberapa hari kesan gigitan tu tertanggal dengan sendirinya
Dan tidak meninggalkan kesan apa2 !
Satu lagi, kalau ada pun tanda kesannya
Gunakan saja Bio Oil tu In Sya Allah berkesan juga !

 " Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dan lain2 
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini 
mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. 
Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. 
Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung.
 Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya " Bayangkan lah....

Bagi yang nak tahu lanjut tentang Si Charlie ni punya cerita 
Boleh terjah kat link sini yer 
 ( N3 Auto Publish )

24 comments:

Mrs Velentine said...

siannya adik...hihi abah siap dok mainkan lagi..sory lambat tak singgah sini

paridah said...

bahaya sengatan kumbang charlie ni ya...mujur adik cpt diubat.

Jobdirumah Buat Duit said...

Oh serangga ni. Memang sakit juga bila kena gigit. alhamdulillah cepat bawa jumpa doktor.

Ahlam Miera Shafie said...

zaman training PALAPES dulu selalu jer kena sebb selalu masuk hutan brkehmah.. kalu kena memng sakit bnda alah nih... tapi biasanya Ahlam buat bodoh jer... nanti dia hilang la.. klu xtahan sgt letak mnyak gamak jer..

aryan azra said...

bahaya ye gigitan si charlie ni... sian adik, alhamdulillah dah sembuh

eelobor said...

perghhh...si charlie ni sangat popular zaman saya duk asara mat arau tahun 95 dulu sangat pemes. kalau terkena dia punya....perghhh kesan dia takut nak tengok

Kayu Manis said...

As salam KA
bahaya binatang chalie ni...bleh bwa maut.
Mujur ada cream tu alhamdulillah
In shaa Allah

Bin Muhammad said...

Namanye bukan main sedap disebut tapi merbahaya ler!

ArELeEz said...

zmn leez study kat uitm arau dulu, mmg b'musimlah si charlie ni wujud. penah gak leez kene 'cium charlie' kat tangan. hu3..

LydSunshine said...

Mcm pernah dgr tapi mcm tak pernah dengar juga. Bahaya ye ulat Charlie ni. Tapi nma mcm budak baik je. Sekali gigit teruk juga kesannya.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Nampak cantik. Tapi bahaya.

OhPanduan said...

charlie ni cantik. Tapi kalau kena gigit memang bisa. Alhamdulillah cepat bawa ke klinik.

Kira Sakura said...

suami pernah kena. katanya memang sakit sangat

idzwa kamaruddin said...

Allah...semoga adik cepat sembuh!

LadyBird said...

Ulat ni la yg byk ade dkt asrama dulu2.. Huhu.. Klu kne hbs lecur kulit..

Amanda Suria said...

Salam KA...Lama SA tak tinggalkan jejak disini...allah...kesian nyer kat adik...harap dah sembuh sepenuhnya

Bunda_nora said...

Kiranya bisa siCharlie ni samalah ngan lebah atau penyengat yer...

LYAfrina said...

x pnh jumpa lg serangga ni..
tp mmg bhya jgk gigitan serangga ni kan..
alhamdulillah..dh ok..n ubt tu serasi

wahida said...

sian adik...Alhamdulillah dah sembuh...

cahaya said...

salam dari cahayacinta.com

hai...

suka...badan cantik sahaja heee...

lama tak singgah sini..sihat ke sekeluarga ni

Mizz Aiza said...

Adik aiza pernah digigit oleh charlie ni ketika dia belajar di uitm arau.. habis kulitnya..

aswadz said...

charlie ni yg kalau gigit tinggalkan kesan warna hitam tu ke?

Mummydearie said...

Charlie nak bermanja-manja, Adik pi slap, terkejut beruklah Charlie! It yang terus digigitnya ^_^ Kesian Adik. Nasib baik dah sembuh ya. Kalau muka berparut, memang sah saham turun Adik oi walaupun ada pangkat Leftenan tau tak ^_^

Kakak Cantik said...

cantik tapi berbisa erk..bahaya plak tu.nasib tkde apa2.Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...