Tabung Masa Depan ...

Friday, December 18, 2015

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa !

Salam Pagi Jumaat 6 Rabiul Awal !

Kita sering mendengar tentang perlunya kita patuh dan taat pada ibu  sehingga dikatakan
Syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu.  
Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata, 
"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?", 
Kata Nabi, "Ibumu", lelaki itu bertanya lagi, "kemudian siapa lagi?",
 Nabi menjawab, "Ibumu", Lelaki itu bertanya lagi,
 "Lalu siapa lagi?", Nabi tetap menjawab, "Ibumu", 
Lelaki itu bertanya kembali, "Kemudian siapa lagi?", 
Nabi menjawab, "Ayahmu"....
Imam Al Qurthubi dalam tafsirnya menjelaskan bahwa hadis tersebut memberikan penjelasan
 kepada kita bahwa kecintaan dan kasih sayang seseorang terhadap Ibunya harus tiga kali
 lebih besarnya dibandingkan kecintaan dan kasih sayang seseorang kepada Ayahnya. 
Ada banyak sebab mengapa kita perlu patuh kepada ibu sebanyak 3 kali dan kemudian 
barulah kepada Ayah, terutamanya kerana ibulah yang telah mengandung dan melahirkan
 kita dengan susah payah.  
Tapi itu bukan menjadi satu sebab dan alasan untuk 
kita tidak patuh dan sayang kepada ayah kitakan, betul tak Adik !

Macam anak2 KA pun, mereka lebih rapat dengan KA. Lagi2 Along dan Angah.
Mungkin kerana En Hubby lebih serius orangnya tapi tidak pada Adik
Adik, baik dengan KA or dengan Abah sama aje rapatnya.
Biasanya musim2 cuti sekolah ni Adik akan ikut KA ke pejabat saban hari.
Tapi satu malam Adik bagitau KA siap2 dah..
ADIK :  Esok Adik tak ikut Ummi pergi office tau !
KA : Kenapa ?
ADIK :  Sebab Adik dah janji esok nak suruh Abah masak. Abah masakkan sedap. 
Lama  dah Adik tak makan masakan Abahlah Ummi!
KA :  Boleh je Abah masak hari lain kan !
ADIK : Tak boleh, Abah dah janji esok nak masak masakan kegemaran Adik !
Dan memang En Hubby masakkan menu seperti yang Adik minta esoknya.
Bukan menu apa pun , menu yang simple2 aje
Ikan bilis goreng dengan cili api ketuk
Telur Dadar berkicap
Kailan Goreng Ikan Masin
Bila KA tanya sedap ke tidak, cepat je Adik jawab !
" Mestilah sedap ! Abah yang masakkan "
Mana x sedapnya, Adik siap makan bersila di bawah dengan nasi bertambah2 
Bila KA tanya lagi, Abah yang buat semua ke ?
Jawab Adik "Abah masaklah , tapi Adik dengan Angah tolong juga, gotong royong !"

Tapi Adikpun tahu pulak nak balas balik budi Abah
Waktu KA menghadiri majlis kenduri aqiqah anak2 2 sepupu KA baru2 ni
Yang mana  En Hubby pulak tak dapat nak turut serta sekali 
Bila Adik tengok siap ada 4 ekor kambing bakar menjadi menu utama
Apalagi, awal2 lagi Adik dah siap pesan kat KA macam ni..
" Nanti Ummi jangan lupa tau, ambil bawak balik sikit, Abah kan suka kambing !"
Petang tu balik je dari kenduri
Cepat2 Adik suruh Abah rasa lauk pauk dan kambing bakar 
Yang Adik bawak dari rumah kenduri tengahari tadi
Sambil duduk makan sekali dengan Abah, sambil mulut tu tak henti2 bercerita 
ADIK :  " Abah, makanlah kambing bakar ni....
KA :  " Adik  yang sibuk suruh ambil bawak balik untuk Abah tu !'''
EN HUBBY :  Ingat jugak Adik kat Abah yer !
ADIK :   " Eh...Abah, mestilah ingat ...manalah ada anak yang tak sayangkan abah dier ,
Hehehe !"
Adik, Adik...

Apapun,yang penting hargailah ibu bapa kita selagi ada nyawa merekakan
& Al-Fatihah buat Arwah Abah yang telah pergi mendahului kami semua...

19 comments:

paridah said...

salam jumaat KA ...keletah adik yg sgt membhgiakan umi abahnya n abang kakaknya...anak2 mmg wajib mengambil berat kebajikan ibubapa mrk lbh2 lagi kalau ibubapa sudah xberdaya n lanjut usia.

Kakzakie Purvit said...

Kepimpinan melalui teladan
Apa yg abah dan umi buat semua adik perhati
Itulah jadinya adik pun tahu menghargai.

Norma NML said...

Alhamdulillah..seronok melayan kerenah anak kan ...bijak si Adik ni:)

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah...ambvoii ikan bilis cili padi bawang tuuu..nyumsss sgt tau!

Ira said...

sedap tu menu kegemaran adik..
wp simple, tapi kalau mkn dgn nasi panas.. best tu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suka bila baca kisah adik. Apa yang KA buat adik jadikan contoh.

Nafira usof said...

Anak ayah ni.
Ayah pon pandai masak untuk anak dia..
sweet jer.

Siti Yang Menaip said...

kasih sayang mak ayah tiada ganti =')

Siti Yang Menaip said...

ehehe salam kenal.. CT singgah sini follow sini =)
http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput hihi..

eelobor said...

hehehe.....seronok baca dari awal sampai abis. senyum sorang2 bila ingatkan, kekadang bila saya tengok tv/berita datang si kecik hulur makanan kat mulut suruh makan.

RedRose said...

sweetnya adik. nanti mesti abah lagi semangat nak masak selalu. hehe

ArELeEz said...

didikan di rumah sgt penting. doa yg xpenah putus jugak penting. mudah2-an kite sume dikurniakan family yg terbaik di dunia & akhirat. aminn..

Mizz Aiza said...

Al-fatihah kepada abah KA.. arwah ayah aiza pun dah pergi dulu.. lelaki masak sedap..

Kira Sakura said...

adik ni pandai betol hihihi. macam Uwais terbalik. dia lagi rapat dengan abi dia

Etuza Etuza said...

menarik resipinya ya...

Faridah Ahmad said...

Kisah menarik..jangan pertikaikan kenapa dulu ibu ayah didik kita lebih tegas dan xbertimbang rasa..smpi kdg kita rasa kejam.. tp skrgye hsilnye kita telah jd org bjaya..

Faridah Ahmad said...

Sgt bermotivasi

Mummydearie said...

Saat macam ni memang tak akan berulang kembali, KA. Betapa gembiranya hati bila anak-anak amat menyayangi kita dan tak mampu nak hidup tanpa kita. Harap-harapnya berterusanlah sampai mereka dewasa, sentiasa mengingati kita ibubapanya. Anak-anak zaman sekarang ni lain macam sikit. Susah-payah kita membesarkan manalah tahu jadi anak si tanggang. Nauzubillah! Minta dijauhkan.

Beruntunglah KA dan suami sebab adik sayang sama rata. Anak bujang sulung saya tu dulu tak boleh hidup tanpa Mommynya tapi sekarang ni lebih 'mengendeng' Daddynya daripada Mommy! Oh, sedih tau!

hainom OKje said...

Anak anak zaman ni mmg rapat dengan ayah, lainlah zaman dulu. Ayah jadi geng mcm adik tulah....sama jer ngan adik dlm rumah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...