Tabung Masa Depan ...

Thursday, February 04, 2016

Menjeruk Rasa !

Di balik sejuta rasa yang singgah
Aku masih berdiri termanggu di depan pintu
Menoleh ke belakang sebentar melihat diri sendiri di cermin
Yang ada hanya aku yang kaku menahan sendu
Sambil hati berbisik bertanya tentang rasa itu.....
Entah apa rasa yang singgah
Hanya buat aku jadi lebih lara, resah dan gelisah
Walau ku cuba ku jerit kuat Argggghhhhhh aku tak kisah
Tapi hakikat sebenarnya adalah
Masih ada rasa yang terus menyinggah
Yang tak mungkin dapat ku sanggah
Hanya dengan berkata Ah !
Redha ku terima 
Apa saja cerita yang menjeruk rasa
Biarkan saja ianya tinggal rasa
Kerana aku juga perlu meminjam rasa itu
Buat peneman hingga ke penghujung  nyawaku !
Sayang kamu, rindu kamu....

20 comments:

idzwa kamaruddin said...

kenapakah? r u ok?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

What happened?
Bunyi mcm sad story
Stay strong

aryan azra said...

Assalamualaikum KA...semoga semuanya baik-baik sahaja ya

Mrs Velentine said...

mendalam nya...hi KAK KA..apa khbar

aizamia3 said...

Kita pun sayang KA.. ;)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga dimudahkan urusan KA. Memang kadang-kadang kita kena jadi kuat untuk memotivasikan diri sendiri. Biarkan yang berlalu pergi, usaha menajdi lebih baik pada masa hari esok pula jika berkesempatan.

paridah said...

rindu sgt dgn KA moga happy selalu bersama famili.

Mummydearie said...

Aha, bila KA dah mula begini, saya tak berapa nak fahamlah! Saya ni bukan pandai bersastera katanya. Walau apapun yang berlaku, harapnya KA dapat melaluinya dengan redha dan bijak menangani segala apa dugaan yang mendatang.

Tak rindu kat kita ke ni? Jarang dah berpenglipur lara dalam blog. Tanpa 'bertemu' di blog, memang tak tahulah khabar cerita kawan-kawan alam maya, KA :(

ezaiza Iza said...

Kenapa ni.. trlampau mendalam dan tersirat maknanya... cuba luahkan? Baru lega...

Eye_nee said...

Rasa itu akan terpatri
Perlahan Menyembuh Namun Parut kekal abadi
Biarkan Rasa itu ujud disitu
Ianya rencah kehidupan
Sebelum ajal....


LydSunshine said...

Rasa itu jika dijeruk, pasti akan menjadi masam. Tak bagus tu KA. Jgn sedih2 ye.

Puan Kutu said...

semoga kesedihan akan hilang bersama putaran masa.jangan lama2 menjeruk rasa KA.hehe..

Ibu Lala said...

Jgn sedih sedih kak. Doa byk byk. Insya allah hilang masalah tu.

m.u.l.a.n said...

stay strong...!! and take care..!!

Lia Irdelia said...

i feel u..

hainom OKje said...

Assalam KA....apa khabar ?sihat ?
Rindu kat kitaorang eh hihi...

Nabila Syifa said...

jgn lama2 jeruk rasa

Mayang ABDUL RAZAK said...

lama x singgah sini ... aishhh KA myg baru nk panas ni jgn menjeruk rasa lama sgt tau..

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...awatnya ni...menjeruk rasa...semoga cepat berlalu...apapun tabahkan hati tau...

Kakzakie Purvit said...

Selagi kita diberi pinjam utk bernafas ujian dariNya tak akan berhenti. Tapi itu tanda dia sayang KA sebab bila diuji kita semakin dekat dgnNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...