Tabung Masa Depan ...

Wednesday, March 30, 2016

Cerita Pendek Tentang Adik !

Selalunya sehabis menyiapkan lukisan 
Pantas aje Adik hulur pada KA
Sambil senyum dan kata
Nah, Ummi masukkan dalam blog yer !
KA jawab semula
Blog Ummi hampir nak berkubur dah Adik
Sebab apa ? tanya Adik
Aduhai Adik,  dek kekangan masa dan macam2 kerja!
Ala..... kata Adik , tulislah lagi Ummi
KA hanya senyum menyambut permintaan Adik
Semalam,  seperti biasa Adik sekali lagi menghulur draf lukisan pada KA
Memang cantik lukisan Adik ni, puji KA
Ini gambar mata tau ni, jawab Adik
Memang kreatif apa yang Adik lukis
Sampai tak sangka apa yang dilukis
Sebenarnya, hanyalah sepasang mata yang tajam melirik...
Letaklah dalam blog Ummi, aju Adik lagi
Adik, blog Ummi hampir nak berkubur dah Adik !
Ala....... cepat je Adik jawab
Adik oh Adik
Kalau lah dia tahu dalam banyak2 yang suka baca kisah dia
Dan  suka dengan hasil kerja Adik 
Ada juga yang menyimpan rasa berbeza
Entahlah, begitu lumrah manusia
Rambut pun sekarang dah banyak color
Apa lagi hati kita !...
Andai dipanjangkan usia 
Diberikan kelapangan masa
KA akan kongsikan cerita semula
Seperti yang Adik minta..... In sya Allah !

Wassalam

13 comments:

Kakcik Nur said...

Penuhilah permintaan Adik tu...kesian dia...

Ada juga bahan untuk kemaskini blog. Dah lama tak tengok lukisan Adik. :)

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

paridah said...

ASSALAM KA SEMOGA SHT SJHTERA BERSAMA FAMILI TERCINTA...TAK SABAR NK TAHU PERKEMBANGAN ADIK YG SGT BERBAKAT MELUKIS NI..

Kakzakie Purvit said...

Alahai Adik umi tak masukkan lukisan mata yg adik lukis itulah...
Auntie tahu adik kreatif
Bagi aje kat umi utk masukkan dlm blog biar auntie tengok:)

idzwa kamaruddin said...

takpe..setiap entry pasal adik pun takde masalah KA ;)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Insyallah nanti masukan. Suka aje tengok hasil kerja adik yang comel tu akak.

aryan azra said...

tak sabar nak tunggu KA upload gambar lukisan adik tu

Ratu Hatiku said...

As salam KA smoga sihat2 selalu.. lama da x dtg ziarah blog KA nie..
Nnt jgn lupa kongsikan hasil keje seni Adik ya.. :)

LydSunshine said...

Takyah la KA ambil kisah kalau ada yg tak suka dgn kisah adik. Pembaca ni, kalau dia suka dia akan baca, kalau tak suka dia akan skip je. So, jgn risau ye KA. Lama betul KA tak update blog ye. Betul2 bz ni.

Mummydearie said...

Saya pun baru-baru ni bertapa juga, KA. Memang tak dapat dielakkan kalau kesibukan melanda. Kalau boleh, memanglah nak terus menulis di blog tapi bila ada kengkangan, kenalah pilih mana yang perlu diutamakan.

InsyaAllah, bila ada masa tentu KA boleh aje update blog. Ceritakan kisah Adik yang pasti ramai yang merindui keletahnya.

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum KA..upload la cerita di blog KA...tak kiralah tentang Adik atau seumpamanya....sebab saya ada masa untuk baca cuma tak berapa ada masa utk uodate blog sendiri sekarang.....

Siti Fatimah said...

maaf lama tak singgah sini. sibuk sesangat.

hainom OKje said...

Mana mata yg melirik tu KA?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...