Tabung Masa Depan ...

Wednesday, April 27, 2016

Tak Over Tak Sah Kan Adik !

Salam Rabu semua...
Bab lukis melukis ni memang suka sangatlah Adik
Walau selalu je komen, penatlah nak warna ni, letih tangan Adik
Tapi tetap juga nak melukis dan mewarna 
Tak kisahlah gambar apa saja
Banyak yang dah dilukisnya
Dan setiap lukisan pasti ada cerita sebaliknya
Macam salah satu yang ini
Komen Adik :  " Cikgu yang suruh buat ni tapi sampai sekarang x marking2 lagi !"
Seb baik Adik buat cincai2 je ni he3..

Yang ini pulak, kata Adik
Cikgu siap puji dah cantik 
Tapi boleh pulak Cikgu tu bagi B+ je kat Adik
Sebabnya........ Cikgu suruh guna crayon tapi Adik guna color pensil, so salah siapa Adik ?
Kata Adik  "Errmmm ok apa pakai color pensil, cantik juga "
KA jawab," memang boleh je tapi Adik ni tak ikut arahan, sebab tu x dapat A !!!
Adik : macam tu pun ada ke Ummi ?
KA : Eh, memang lah, kalau nak jadi pegawai Navy nanti kena sentiasa ikut arahan tau!
Adik :  Ermmmm...... !

Yang ini pulak, baru je KA sampai rumah petang tu
Adik dah laju2 meluru
Sambil tunjuk lukisan yang Cikgu dah siap marking tu
"Adik dapat A+ Ummi !"
Cikgu puji cantik sebab ini kan lukisan batik !
KA jawab selamba " Nasib baik Ummi bagi idea kat Adik, Lukis lukisan batik 
dari bunga kain batik Ummi tu, kan Adikkkk.. sebab tu dapat A+ !"
"Yelah. yelah.... betullah tu ", kata Adik

Sebenarnya banyak lagi lukisan2 Adik yang nak dikongsi
Tapi, faham2 ajelah sendiri 
Tak kan nak tepek semua lukisan Adik dalam N3 blog ni 
Nanti tak pasal2 ada yang kata Syok Sendiri !
Apapun tak kisahlah kan Adik
Bak kata AMT... TAK OVER TAK SAH !!!!
He He He 

20 comments:

Mrs Velentine said...

berbakatnya adik..haikalayu pun ada task yg sama..buah2an

idzwa kamaruddin said...

cantik! rajin adik ;)

Puan Kutu said...

Memang berbakat.nmpk cantik dan seninya tu.dh la pandai..pandai melukis lg..untunglah ummi ada anak bijak camni.over kearah kebaikan apa salahnya.hehe

Mummydearie said...

Over ke tidak peduli apa, janji kita happy ^_^

Memang cantiklah hasil lukisan Adik ni. Memang ada bakat. Kalau tak dapat jadi navy officer, jadi pelukis. Kalau tak dapat jadi pelukis, adik jadi wartawan hiburan ajelah, Dik!

paridah said...

cantik semua lukisan adik mmg berbakat sbg pelukis.

Kakzakie Purvit said...

Tapi kalau dah masukkan dlm blog umi sampai bila-bila boleh tengok lagi.
Adik ada talent melukis.

babYpose said...

Pandai adik melukis dan mewarna, cantik semuanya..aunty pun teruja yang kedua tu patut dapat A kan..

Kakcik Nur said...

Adik memang berbakat. Kemas lukisannya. :)

anyss said...

Assalamualaikum,
Cantikkkkk!!!
tetiba rasa nak masuk sekolah rendah balik untuk melukis cenggini

Nurfaezah Abdullah said...

cakap psl lukisan yg background blog akak semua lukisan milik adik ye? :)

aryan azra said...

cantik semua lukisan adik tu, memang berbakatlah adik ni

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Pandai adik melukis. Ada bakat seni macam KA juga.

lieyalatif said...

KA rasenye adik ade talent dlm seni...comel2 lukisan adik....

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya :)

orked violet @ SYA said...

sya nye baby baru 5 bulan. colour pencil, crayon ni belom level kitorg lagik. hehehehehehe

Kayu Manis said...

Berbakat adik ..teruskn dik masuklh mama2 pertandingan..boleh mng byk hadiah

QasehnyaRania said...

adik mmg berbakat
terus asah lagi bawa join mana mana aktiviti melukis dan mewarna.
nmpaknya dik pon berminat, kan !!

QasehnyaRania said...

adik mmg berbakat
terus asah lagi bawa join mana mana aktiviti melukis dan mewarna.
nmpaknya dik pon berminat, kan !!

Husna Rahman said...

kreatif..

Qaseh Vee said...

dah lama x baca kisah adik ... rindu tau ... geram dgn kepetahan dia menjawab ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...