Tabung Masa Depan ...

Friday, August 26, 2016

Bila KA Membebel !

Assalamualaikum... Salam Jumaat yang barakah hari ni...
Lama blog dibiar sunyi sepi. Walau ada juga KA titipkan N3 ala2 sendu sesekali.  Bukan tak rindu, aduhai kalau nak bercerita rasanya 365 1/4 hari pun tak habis lagi menulis N3.  Sesekali, bila ada masa terluang sikit ni, KA saja2 taip sepatah dua ayat, asah balik bakat menulis ni, takut nanti2 idea tepu terus kata Angah.  

Bercerita tentang anak2...... Hrmmm.... Adik di tahun 4 dah 2016 ni. Size dah makin tinggi menggalah, nak sama tinggi dengan Ummi dia ni yang memang x tinggi mana pun.  Cita2 masih terus nak jadi Navy Captain tu.  En Hubby kata dah boleh dah. Ciri2 keberanian tu dah nampak. Sebabnya. bila pacat melekat di kaki kenyang hisap darah Adik, dengan selamba badak aje Adik cabut tanpa sekelumit rasa geli berbanding KA, Ummi dia ni... Ha Ha Ha.... Adik di tahap Dua ni, segala2 nya kena digandakan usaha dan kesungguhaan tapi ada masa juga curi2 main game di handphone.  Bila KA sibuk tanya yang bukan2 dan usik dia macam2 cepat je Adik kata... "Ummi boleh tak Ummi jangan mengarut !" Ha Ha Ha.... Paling tak boleh blah, sibuk nak kejar cita2 sampingan dia nak jadi novelis kanak2 tu. Aduhai, ni semua kerja gila Angah yang bagi idea dan sokongan pada Adik.  KA yang jadi mangsa !!! Mencabar sungguh ...

Angah, macam biasa study memang x banyak masalah. Cuma masalahnya, bila dia balik je rumah bercuti, tidur lebih dari berjaga. Ha Ha Ha. Macam Along juga lah ceritanya sama.  Tapi biasalah anak lelaki bikin kita pening kepala lebih dari anak perempuan kadang2 kan !!

Banyak yang berlaku dalam hidup KA sepanjang tahun ni suka duka.  Kehilangan orang yang disayangi, masalah yang bertimpa dan dugaan tak terjangka. Belum lagi kena serangan sakit yang seksa sungguh rasanya.  Tapi, percayalah sebesar mana Allah swt menduga kita jauh lebih besar kurnia dan rezeki yang Allah swt berikan buat kita sebenarnya.  Alhamdulillah, satu lepas satu rezeki tak terduga. ....Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diujikan, Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan. Jadi KA harus redha.....
    "Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap "

Bercerita tentang blog, bak kata Angah dan Adik.  Kenapalah Ummi tak teruskan blog. Kawan2 Angah suka baca blog Ummi.  Adik pulak sibuk nak berkongsi cerita dia yang entah apa2 tu, di blog Ummi ni.. Entahlah, lama tak menulis ditambah bebanan kerja-kerja yang lain membuatkan masa untuk blog sangat2 terhad.  Jangan kata KA tak rindu apa lagi lupa pada kawan2 blogger yang selama ni memberikan sokongan pada KA.  Sekadar menulis beberapa nama yer. (Yang takde jangan kecik hati tau!)... Rindu sangat pada Mummydearie, KakZakie, Fiza, KakParidah, LyD, Anum, EyeNee, Rai, Knor, Puan Kutu, Nurbijen, Lyafrina, NurulIzwa, Lieya, ChicNa, CikDa, Ibu Amirul, Ibu Lala, Asyifa, AcikErna, Tihara, Kamsiah, Wantie, Raudzah, Bunda,CikMin, Atie,Yatie, Suri, Roha, Farah, MakDara, PokokManggis, KiraSakura, HainomOKje, KakCik, Bin Muhammad, Suka2, Deqla, Faezah, MsVelentine, Miza, UmmuAidan, ZazaNizam, Noe, Miza. Izan, MamaYana, Sari, KakNoor, Syani, ..... dannnnnnn ramai lagi yang KA tak sempat nak tuliskan di sini. Terlalu ramai!!  See, KA masih ingat lagi nama2 mereka semua. Masih tetap dalam ingatan dan sanubari, memang takkan lupa ! Itu tak masuk, cerita2 masyuk dari Nuffnang lagi. Seronoknya berblog tapi itulah.... tak semua yang kita rancang dan semua yang kita inginkan akan tercapai.  Kadang2 kita perlu membuat pilihan dan memilih serta mendahulukan apa yang dipanggil keperluan kan !! 

Sebenarnya, impian tu terkadang ada nak membukukan kisah2 Adik dalam blog KA ni.  Apatah lagi ,bila Adik dan Angah sibuk duk suruh KA buat novel.  Terutama Angah yang beria2 dan bersungguh2 sekali.  Kata Angah, Ummi kan ada bakat bab2 menulis ni, kalau menulis novel mesti best punya!..... Hello, Angah, kalau tulis novel tu boleh siap dalam 3 - 4 hari , la ni jugak Ummi buat tau ! Ha Ha Ha... Apapun, untuk Adik dan Angah, Ummi akan pertimbangkan yer, cuma sekarang ni kepala tengah pening memikir, ada ke orang nak baca apalagi nak beli novel dan buku Ummi tu nanti ?  Hangpa berdua habak kat Ummi syarikat mana nak ambil dan pasarkan buku produk Ummi ni.. Hangpa berdua cuba cerita sikit.!!!!.. Ha Ha Ha 

Wasssalam...
KESUMA ANGSANA


11 comments:

hainom OKje said...

Assalamualaikum KA....
Gitulah perjalanan hidup kita sebagai manusia KA...Seronok, suka, duka, anak anak, keluarga semuanya disekeliling kita. Masa tetap sama 24 jam cuma kita kena pandai merencanakannya. Tak pe slow slow, lama lama timbullah semangat nak menulis balik tu

Terima kasih kerana masih mengingati kita ye...

aryan azra said...

perjalanan hidup kita macam tu lah kan KA, semoah hari2 yang bakal dilalui akan lebih baik InshaAllah.

Dah dapat semangat dari anak2 tu untuk buat novel, bolehlah juga diusahakan tu KA, mana tahu rezekikan pasti ada yang akan membelinya nanti

aizamia 3 said...

Dah lama ai tak datang blog ni.. :(

idzwa kamaruddin said...

Tu diaaa..sekali menaip sekajang cerita! saya sukaa..hehehee..update la lagiii.. ;)

eh nasib baik nama saya ade kat situ dah tu nama betul dan ejaan yang betul pulak tuuu..terharu tau~

Mummydearie said...

Memang lama betul KA 'tenggelam, sesekali timbul' tau. Rindulah juga tapi dah kenalnya di alam maya juga, manalah daya nak bertanya khabar lebih lanjut. Terima kasihlah KA masih lagi ingat kat kita semua ^_^

Rindu juga kisah Adik dan Angah. Angah pun dah pencen berblogkan! Yalah, tengah belajar nak buat macamana. Nanti dah masuk universiti, sambung balik berblogging ya, Angah.

Buat Adik, teruskanlah cita-cita sampingan nak jadi penulis novel kanak-kanak tu. Mana tahu untung sabut, jadi famous. Hah, pepatah baru saya titipkan hah!

Salam sayang buat KA sekeluarga terutama kat Adik dan Angahlah ya. Bapaknya tak payahlah sampaikan salam. Hahaha!

paridah said...

SUKA BACA N3 KA..KAK PUN SENTIASA INGATKAN KA SBG KWN BLOGGER YG MULA KAK KENALI SELAIN IRFA DAN NOHAS....KALAU KA MINAT NK TLS NOVEL YG PENTING MULAKAN DULU....BILA ADA MSKRIP BOLEH FIKIR NK CARI PENERBIT...DGN BAKAT YG ADA INSYAALLAH PASTI JAYA.

Qhaifa Nur said...

Rindu juga dgn blog KA ni...
Blog ibarat dairi...mesti nk tulis kn

eita said...

bagus betol adik bagi semangat kat ummi dia...
kite sekarang ni pun makin malas nak memikir..huhuhu

shaiful said...

Salam ziarah KA

shaiful said...

Salam ziarah KA

Qaseh Vee said...

wah adik , lintah tu . saya pun geli geleman bila tgk lintah tau ... support je klu adik nak tulis novel . manalah tahu dia berbakat mcm KA ... kan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...