Tabung Masa Depan ...

Friday, September 02, 2016

Adik Melukis Sambil Berkisah Cerita Sedih

Semalam, balik je dari pejabat
KA tengok Adik tengah asyik melukis
Baju sekolah agama petang masih tak ditukar lagi
Bila KA tanya senyap aje dia..
Leka Adik terus melukis dan melukis
Sebagai Ummi yang dah biasa dengan perangai Adik
KA dapat rasakan sesuatu yang tak kena hari ni
Pelan2 KA duduk sebelah Adik
Dan Adik pun mulalah bercerita 
Sambil tangan tu terus melorek2 pensil di atas kertas

ADIK :  Ummi tau tak, Mat Haikal nak berhenti sekolah ?

KA :  Mat Haikal yang mana ni.. (Nama yang satu ni x pernah KA dengar Adik sebut sebelum ini )

ADIK :  Ala, dia sebaya Adik. Darjah 4 . Sama kelas dengan Adik kat sekolah agama.

KA :  Kat sekolah kebangsaan tak satu kelas dengan Adik ke ?

ADIK: Tak,,,, Ummi....... dia orang susahlah, Tak de duit nak  pergi sekolah.  Sebab tu dia masuk sekolah agama je.  Itu pun baru je 2 tahun ni dia belajar.

KA :  Dah kenapa pulak macam tu ? Kan kat sekolah kebangsaan ada macam2 bantuan! 
  
ADIK :  Dia bukan orang sini Ummi.  Ayah dia pulak baru je meninggal baru-baru ni.  Sebab tulah mak dia dengan dia kena nak balik kampung. Hari tu Ayah dia yang sara dia sekeluarga. 

KA :  Kat mana kampung dia ?

Adik :  Jauh Ummi kat Indon.... Dia duduk sini pun menumpang kat pondok Boss Ayah dia kat kandang kuda tu... Kesian kan Ummi !

KA : ... Sampai nak kena berhenti sekolah...

ADIK:  Yelah... Ustazah yang cerita tadi,  Semua orang sedih je.  Budak2 lelaki ada yang nangis sampai teresak2 Ummi ..

KA : Kenapa pulak ? 

ADIK :  Yelah, mungkin diarong menyesal kot. Ada buat salah kat Mat Haikal tu. Yelah buli2 dia ke. Sebab masa mula2 masuk dia tak pandai baca, tak pandai mengaji... Sekarang dah ok sikitlah.
Tadi ada lah Mat Haikal dan emak dia masuk kelas sekejap.  Ustazah pun menangis Ummi... Sedihnya ! Kesian lah kat dia.  Ustazah kata masa Ayah dia sakit dan meninggal tu, tak taulah Mat Haikal tu macam mana.  Entah ada beras ke tidak kat rumah dia. Lepas tu ada buat kutipan duit lah bagi derma kat dia, tapi Adik tak bawak duit banyak dah beli masa rehat, ada balance seringgit je  yang Adik boleh bagi.

KA :  ( Menahan Sebak )......Takpelah yang penting kita ikhlas kan Adik !  Besoklah Adik sedekah sikit kat dia....

ADIK : Adik memang ingat nak bagi esok, tapi Ustazah kata Mat Haikal tu akan bertolak malam atau awal pagi besok. Tak sempatlah.  Kesian kat dia.  Macam manalah nanti dia kat kampung, dapat sekolah ke tidak....  Lepas tu emak dia bagitau kalau ada orang jaga dia kat kampung nanti emak dia nak datang sini kerja ke apa ke, cari duit untuk bayar hutang mana2 yang ada.... Kesiannya Ummi !

KA :  Takpelah, ada lah rezeki untuk Mat Haikal dan keluarga dia tu nanti.  Adik doa2kan dia yer. Moga dipermudahkan urusan dia.  Mana tau dia boleh berjaya satu hari nanti.

ADIK :  Insya Allah Ummi..

KA :  Tulah Adik, kadang2 kita rasa kita ni susah, tapi sebenarnya ramai lagi orang yang jauh lebih susah dari kita.  Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ..

Lega sikit nampak Adik bila dah luah dan bercerita
Macam tulah Adik kalau ada yang mengganggu perasaan dan mengusik jiwa dia
Melukislah satu cara untuk meredakan rasa
Tapi KA yang dengar cerita Adik pun rasa sayu dan sedih sangat
Apakan daya tak sempat nak bantu apa yang terdaya
Cuma mendoakan yang terbaik untuk Mat Haikal tu dan keluarganya...

ADIK :  Dah siap dah lukisan Adik ...Nah Ummi..

KA :  Cantiklah Adik, buat cincai2 pun cantiklah. Mata dia cantiklah...
Ummi masuk dalam blog boleh, Lama dah Ummi tak kongsi hasil lukisan Adik.

ADIK :  Ok..Ok..... Ummi.. 
Nanti Ummi tolong beli set lukisan. Adk banyak nak lukis lagi ni He3

Nah inilah dia 2 lakaran lukisan Adik yang disiapkan sekejap aje petang semalam.....
Adik, Adik... melukis boleh menjadi salah satu cara meredakan resah  jiwa ya !


Firman Allah SWT : فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  
 Maksudnya : "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan" 
(Surah Alam Nasyrah ayat 5)

WASSALAM...
Kesuma Angsana

10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Jiwa seorg anak kecik yg alert kesusahan kawan sebaya macam adik
Benar ramai di luar sana sebenarnya perlukan bantuan.
Sedih pulak kakak baca N3 ini KA

idzwa kamaruddin said...

alahaiiii baik nyer la adik nie..kecik kecik hati dah luhur sangat..

Ira said...

Assalamualaikum KA,
Lama x komen kat sini.. maaf ye lama Ira x berkunjung di sini..
Sedih baca entry KA ni.. kesian kat kawan adik tu..
Semoga Allah permudahkan urusan kawan adik,dan semoga dimurahkan rezekinya sekeluarga.
Cantik la lukisan adik..

Nurzakiah Hanum said...

wow

eima said...

alahai perihatinnye adik

nohas said...

sedihnya kisah Mat Haikal...hidup mesti diteruskan, terpaksa berkorban..

bagus adik, melukis utk menenangkan emosi...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Semoga Allah swt mempermudahkan kehidupan Mat Haikal.. Amiiinnn.

Tengok adik melukis teringat pulak Sk suatu masa dahulu....

Fiza Rahman said...

Alahaiiii... Tumpang sedih jugak ni adik. Siannya kat Mat Haikal tu. Smoga urusan dia dan keluarga dipermudahkan olehNYA

aryan azra said...

sedihnya baca ceriat mat haikal ni..semoaga Allah permudahkan urusan mat haikal dan ibunya. sedihlah KA

Mummydearie said...

Sedih pulak membaca kisah Mat Haikal ni. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarganya. Kasihan alahai kalau baca kisah-kisah masyarakat macam ni. Bila hilang dahan tempat berteduh, siksanya alahai.

Bagus Adik ni, sekurang-kurangnya ada perasaan belas simpati menebal dalam diri. Semoga sentiasa kekal sehingga dewasa nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...