Tabung Masa Depan ...

Friday, September 09, 2016

Bakso Sedap Untuk Orang Sakit Dan Sihat

Sapa suka makan bakso angkat tangan
Kalau dalam family KA
Semua suka terutama ...... ADIK !
Lepas tu siap2 bagi tau nanti buat cili dia tu pedas2 Ummi, baru terangkat !
Macam biasa kalau ada apa2 majlis di rumah, KA akan jadi Master Chef
Dan Adik akan jadi Celebritinya sebab Adik banyak cakap dari membuat ! He3
Oklah , baru2 ni one of my sister kena operate sebab ada apendiks
Ada lah pergi ziarah juga waktu dia warded dan sewaktu dioperasi
Dan waktu datang melawat di rumah dia baru2 ni
KA masakkan dan bawakkan Bakso sup ini
Untuk orang sakit dan orang yang sihat tumpang menjamu selera
HeHehe

BAKSO ( RESEPI DARI BLOG AZLITA NI  )
1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
Taugeh 
Kobis ~ di hiris halus
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng  (ini wajib ada untuk Adik !)

Bebola Daging ( Kalau malas boleh aje beli yang dah siap dijual di kedai )
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah ~ di cincang halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, 
Tepung jagung dan telur.
Kemudian gaul rata
Bulat-bulatkan sebesar guli

Kuah Bakso
1/2 kg isi daging (potong kecil2)
2 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 inchi halia
2 sudu teh lada sulah

1 batang serai di ketuk
1 kiub pati daging 
garam secukup rasa
2 bungkus sup bunjut ~ KA tambah
Sedikit ketumbar ditumbuk ( Yang ini KA tambah )
Rebus dahulu daging pada sampai empuk
Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia, ketumbar
 dan serai hingga harum. Kemudian masukkan dalam air rebusan daging tadi
Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi
Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita
Boleh juga taburkan daun bawang dan daun sup sekali dalam kuah bakso tu ..

Ok siap dah seperiuk ...

Tuangkan kuah bersama bebola daging
 Makan bersama kicap pedas dan lada cuka
Untuk sediakan lada cuka, hanya perlukan cili padi hijau dalam 10 biji,
 kalau suka pedas lebihkan. 
Kemudian kisar bersama cuka makan. kalau nak tumbuk cili padi ni pun boleh, 
bila dah siap tumbuk, masuk dalam mangkuk dan letakkan cuka makan.
 Sedap makan dengan bakso.
Bakso di makan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, 
taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng

Apapun2 Adik yang rasmikan dulu 
Sambil tangan tunjuk tanda Bagus !

Tiba2 macam nak buat MEMBAKSO untuk Raya Aidiladha ni, what say u Adik !!

WASSALAM,
KESUMA ANGSANA

11 comments:

Ira said...

Ira pun suka bakso..
Terliur tgk gambar tu..
Tq share resepi..blh try nnt..
Salam aidiladha ye KA..

Diarios said...

kelihatannya enak :D

Gee Lion said...

selamat hari raya aidiladha KA
makan bakso pagi2 raya mesti best jugak kan
^_^

nor azman said...

Bakso mmg sedap terbaikk

Mrs Velentine said...

nampak sedap..rajin kak KA buat

Kira Sakura said...

sedapnyaaaaaa kA!!!!

paridah said...

Sedapnya bakso bikinan KA..terliur mandangnya

aryan azra said...

menarik..boleh cuba nih sebab saya tak pernah buat bakso

orked violet @ SYA said...

kitorg 1 fmy tgh diet kak. makan soup ngn ball nye je. saba je la.. iskisk

LYAfrina said...

sedapnyaaa

Mummydearie said...

Seriously ni, KA... saya tak pernah makan bakso ^_^

Tapi bila tengok KA share resepi, macam ada hati pulak nak mencubanya. Tak tahulah kalau ada response orang dalam rumah pulak sebab ahli makan dalam rumah saya tu dia punya cerewet lain macam sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...