Tabung Masa Depan ...

Thursday, September 22, 2016

KA Is Demam De'Xandra On Ice Cream Cone Day !

Assalamualaikum....
Hari ni ada masa sikit nak merapu dalam blog suam2 kuku ni
Padahal idea dalam kepala ni betul2 tengah tepu
Apalah yang nak diceritakan untuk Rabu yang sendu
Tangan duduk menaip R, A , B , U satu, satu....lepas tu senyap dulu... Hu Hu Hu
Nak cerita tentang anak2, aduhai malas sungguh takut jatuh riak pulak jadinya you
Namun sebab ramai yang dok sibuk dan merayu2
Minta KA kongsi2kan petua nak didik anak ini dan itu
Cuma apa yang boleh KA kongsikan kat sini  adalah
Nak mendidik anak ni bukan suatu kerja yang mudah
Nak jadi ibu bapa terbaik tersangatlah susah
Nak jadi ibu bapa hebat lagilah teramat payah
Tapi ginilah, kita kira sajalah apa yang kita buat untuk anak2 tu sebagai satu ibadah
Pasti Allah akan permudahkan jalannya In Sya Allah....
Dan doa, doa tu jangan lupa yer, kena terus jangan mengalah !
Kalau dikenang dulu2, KA didik anak2 macam Singa betina
Mengajar anak buat homework pun macam Komando dalam latihan tentera
Bila dikenang balik, ada sedikit penyesalan di jiwa
Kalaulah boleh diputar2 semula masa
Pasti KA akan cuba untuk  jadi Ummi yang lebih bertenang dalam apa jua
Namun bila dah meningkat usia
Tahap kesingaan tu, rasanya dah menurun sama
Yang untung, pastilah Adik sebab dia anak yang last sekali katanya
Walau sesekali terlepas tu jeritan suara KA ala2 Jaclyn Victor
Sehingga Adik kadang2 mengalirkan airmata !
Ok, jap KA pun rasa sebak dan nak  nangis sama
Kesian kat anak2 sebenarnya apalagi mengenangkan saat mereka hiba
Waktu dimarahi walau untuk perkara yang kecil aje
Contoh bila lakukan kesalahan kecil even bila salah buat kiraan dalam kerja sekolah math mereka !
Aduhai hati mak2.... itulah ada pepatah lama
Terlanjur perahu boleh diundur, terlajak kata... jawap sendirilah yer..
Siapa yang tak mahu anak2 berjaya
Tak ada rasanya mana2 ibu bapa yang berdoa begitu untuk anak2 mereka
Seputar waktu yang berlalu menginsafkan kita
Anak2 ni antara anugerah Allah yang paling besar buat kita
Kenakalan mereka, kadang tak mendengar kata, terkadang buat kita rasa terluka
Sebenarnya, ujian buat kita yang Allah datangkan melalui mereka !
Maafkan mereka dan sentiasalah redha
Kerana kita tidak tahu apa yang dijanjikan Allah dan menunggu kita di hadapan sana....
Hrmmmmm....
Apalah yang KA merepek ni... Actually
KA is demam today, campur batuk, sakit tekak dan selesama juga
So kepala ada pusing2 sikitlah.. banyak sebenarnya he3
Hidung macam sumbat sama
Tapi walau hidung sumbat, masih lagi boleh bau harumnya  De'Xandra Perfume 
'Moon Sparkle" Yang KA pakai dan beli dari someone ni
Berbaloi kot RM 65 , spray sikit aje bertahan untuk 8 hours... ok
You all kena cuba sendiri lah yer baru percaya..

Apalagi nak dicerita yer....
Rasa macam nak lari pergi McD cari Ice Cream Vanilla 
Katanya makan Ice Cream Vanilla boleh redakan sakit tekak dan batuk 
Or duduk relaxs dalam Baskin Robbin sambil hadap ice cream topping coklat semangkuk ..
Ok guys, Happy Ice Cream Cone Day yeah  hari ni....!
 Jumpa lagi lain kali..


WASSALAM
KESUMA ANGSANA

10 comments:

idzwa kamaruddin said...

Akakkkk buat saya sedih :( saya selalu marah anak-anak :(

paridah said...

moga cpt sembuh KA sambil nikmati perfum wangi

Mrs Velentine said...

bab singa dan komando tue MV pun mcm tue..tapi sebab itulah anak2 cepat belajar

Rinna said...

Moga KA cepat sembuh..yer..

Gee Lion said...

Assalamualaikum KA,

Tapi kadang-kadang, yang kena garang itulah yang jadi orang. Dan sejak bila makan ais krim dapat legakan tekak.. Bukan akan jadi lebih teruk ke... Huhu T_T

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga cepat sembuh. kasihan bila sakit.

eita said...

biasa lah melayan karenah anak2 yang macam2 ragam...

LYAfrina said...

mana y baik..blh sharing utk kt smua jdkan rujukan..
negetaif positif tu ats hati y membaca,,
tp lya suka baca sharing drp parent y ada ank berjaya..utk inspirasi..

mmg femes perfume ni skarang

Mummydearie said...

Harapnya KA dah sihatlah sekarang ni ya. Lama juga entri ni dah digarap baru hari sempat datang menjenguk KA di sini ^_^

Pernah baca tentang perfume ni tapi tak pernah beli dan cuba. Kalau betul boleh bertahan 8 jam dan sedap baunya, memang patut beli borong ni rasanya! Bukan mudah nak cari perfume murah dan boleh tahan lama!

Bab anak-anak ni KA saya pun adakalanya terasa menyesal separuh nyawalah bila mengenangkan saat-saat kita marah dan hilang sabar dengan anak-anak. Tapi kalau tak ditegur, susah juga. Bila teringat air mata mereka yang mengalir dek takut dimarahi, muka subal mereka, terasa sedih hati ni. Tapi bak kata KA tadi, terlajak kata, manalah boleh ditarik balikkan!

Harapnya anak-anak ingat yang indah-indah aje tentang kita sebagai ibu mereka!

aryan azra said...

saya pun selalu juga marahkan anak2, suara pun dah sampai tahap Jaclyn victor juga, tapi itulah kadang2 sedih lepas marah anak2 tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...