Tabung Masa Depan ...

Thursday, September 08, 2016

Misteri BerDrift Secara Tiba2

Kalau nak cerita pasal perkara2 mistik dan misteri ni
KA sebenarnya dah lali sebab dah pernah dan banyak kali melalui
Pelbagai perkara misteri yang terkadang buat KA keliru sendiri
Tak kisahlah samada dalam mimpi ataupun realiti
Tapi perkara- perkara misteri sebelum ini
Tak pernah melibatkan soal hidup dan mati
Tapi yang ini....kali ini
Namun Alhamdulillah, Allah swt masih sayang dan dipanjangkan umur KA lagi
Kita perlu akur dan redha bahawa apapun yang terjadi 
Sebenarnya sudah ditakdirkan oleh Ilahi

Berbalik kepada kisah KA, ceritanya macam ini
Berlakunya beberapa minggu yang lalu dan masih terbayang2 lagi di ruang mata KA
Pagi tu hujan turun dengan lebat dan KA lewat sedikit ke pejabat
Kerana perlu ke bank untuk selesaikan sedikit urusan seperti diminta 
Laluan yang KA lalui adalah laluan yang sama KA yang akan KA ikut saban hari
Tidaklah lama, sebab KA kan baru berpindah ke pejabat yang baru 
Jadi ianya merupakan bulan ke 2 KA bekerja di tempat baru
KA memandu perlahan kerana jalan sedikit basah akibat hujan
Dan keadaan di luar masih renyai pada waktu itu.
KA membelok ke kiri jalan untuk ke pejabat
Sangat berhati2 dan perlahan ketika itu
Tapi entah kenapa dan bagaimana
Stering kereta bagaikan terpusing dengan sendirinya 
Apa yang KA tahu kereta berpusing2 beberapa kali
 KA hanya rasa seakan terbang, kosong, berpusing2 ......
Seketika KA tersedar dan cuba mengawal kenderaan sebaiknya
Dan kereta akhirnya berhenti hampir2 dengan tembok jalan...
Berada di kedudukan melawan arus jalan
Nasib baik kenderaan yang datang sempat mengelak 
Kalau tidak .........nauzubillahiminzalik
KA beristighfar banyak kali tapi sesungguhnya waktu itu 
Kaki dan tangan menggeletar dan menggigil dengan kuat
KA tak sedar berapa lama ia berlaku
Tau2 ade lah 2 - 3 orang peronda lebuh raya yang datang membantu 
KA berterima kasih sangat pada mereka
Salah seorang daripada mereka memandu kereta KA ke tempat yang selamat
Dan membantu menenangkan KA
Serta memaklumkan agar KA lebih berhati2 ketika memandu di kawasan tersebut
Kerana kejadian seperti itu bukan pertama kali terjadi di situ
Biasanya kemalangan yang berlaku di situ samada kenderaan
Atau pemandunya akan mengalami kecelakaan
Tapi peliknya KA ....... Alhamdulillah !
Sehinggalah En Boss dan beberapa kawan sepejabat KA tiba dan menemankan
Bila orang bertanya macam mana kejadian itu boleh berlaku
KA sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana
Ianya memang berlaku secara tiba2 sahaja
Syukurlah KA selamat dan kereta pulak langsung tak calar apa2
Sehinggakan En Boss dan kawan2 sepejabat bergurau
Nak sponsor KA masuk mana2 trek Drift...

Bagi KA kemalangan dan perkara2 seperti ini boleh berlaku
Di mana2 sahaja dan bila2 masa dengan kehendaknya
Hinggalah satu hari one of my En Boss Friend
Datang dan bertanya khabar tentang insiden yang menimpa KA
Sebabnya dia sendiri baru nampak kejadian yang sama
Berlaku di depan mata bila mana bukan sebuah tapi 2 buah kereta
Yang tiba2 berpusing dan menghentam tembok jalan
Cuaca pada ketika itu baik dan kejadian juga berlaku secara tiba2
Kata beliau mungkinkah ada sesuatu yang mendorong kejadian itu berlaku
Maksudnya ada sesuatu yang kita sebagai manusia tak nampak tetapi ada
Yang pastinya kata beliau kejadian2 berlaku pasti di tempat2 yang memang menjadi hot spot !
Mungkinkah sewaktu kejadian ada "benda" lain yang melalui tempat yang sama
Dan bila kita hampir terlanggar "mereka" automatik akan berlaku perkara seperti ini
Kata orang, kadang2 kita berada pada waktu dan tempat yang salah ketika itu
Wallahualam..

....Entahlah..
Sebagai manusia kita harus percaya kewujudan yang satu itu
Tapi, itulah kita juga harus percaya pada kebesaran Allah swt
Yang Maha Berkuasa menentu dan melindungi kita

Adik paling terkejut bila dapat tahu berita ini
Dalam terkejut2 dia tu sibuk duk membebel
" Nasib baik Ummi tak apa2,  Eermm,,,Adik tau sebab apa sebab...  Ummi kan banyak baca doa,
 doa naik kereta lah, nak start enjin pun baca doa lah, naik bukit baca doa lagi,
doa salamung lagi, berapa banyaklah doa Ummi tu !"

"Memanglah Adik kita sebagai manusia ni hanya boleh berdoa dan mohon perlindungan Allah swt
selebihnya kena tawakkal, In Sha Allah  !"


13 comments:

idzwa kamaruddin said...

saya pulak meremang bulu roma baca! macam ade sesuatu.

paridah said...

MMG NGERI SITUASI YG KA ALAMI...SYUKUR ALHAMDULILLAH KA SELAMAT N XKENAPA-NAPA...MOGA DIJADI INGATAN AGAR SENTIASA MENDINDING DIRI DGN AYAT SUCI N DOA2

eima said...

Alhamdulillah nasib KA tak apa2.. risaunye ....

Nurzakiah Hanum said...

singgah :)

nohas said...

Alhamdulillah, tak jadi apa2..

aswadz said...

uish, bahaya gak tu kalau tempat tu memang hot spot. nasib baik takde apa2 yang berlaku. maybe lepas ni kena cari jalan alternatif lain pulak.

Gee Lion said...

ada minyak tumpah atas jalan kot.
erkk..

anis abdullah said...

Misteri ni

Kayu Manis said...

Assalamualaikum KA
Seram juga knor membacanya tak mustahil jadikan..sbb ada mahluk lain juga yg hidup tapi kita yak nampak...

Alhamdulillah ka slmat tak ada apa2 yg jadi..

Boleh tau lokasinya ka..saja nak tau

Mrs Velentine said...

syukur alhamdulillah kak KA selamat..pintar adik...menenangkan umi

Kira Sakura said...

Alhamdulilah Allah pelihara KA. moga2 takde lagi kejadian pelik2 yang jadi amin

aryan azra said...

Alhamdulillah KA tak apa2, tapi ye lah benda2 itu wujudkan cuma kita tak nampak, mungkin betul itu laluannya kan.

betul tu kita kena sentiasa berdoa

Mummydearie said...

Alhamdulillah, KA tak apa-apa! Nasib baik. Macamana ya boleh tetiba jadi macam tu? Memang tempat tu keras ke, KA? Ceritalah sikit kat mana ni? Manalah tahu kotnya ada melalui, boleh lebih berhati-hati.

Kena percaya tu semua KA memang wujud cumanya kita tak nampak. Mungkin betul juga andaian tu, dek kerana kita 'terlanggar' laluan mereka, itu yang terjadi kemalangan yang kita sendiri tak tahu apa puncanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...