Tabung Masa Depan ...

Monday, September 19, 2016

Petua Mudah Bersalin Cara KA

Adik cukup suka dengan baby dan kanak2 kecil
Kalau dapat kat Adik dibuat dan dijaganya macam adik sendiri
Cukup suka dia melayan budak2 kecil
Dan budak2 kecik tu pulak nampak suka dan serasi dengan Adik..
Kadang2 sibuk Adik mengomel2 sendiri
" Ummi, Adik nak Adiklah.... !"
Tapi sebab Ummi dia ni dah pencen, KA buat2 tak reti ajelah.. HeHeHe
Kadang2 KA jawap permintaan Adik sambil mengusik....
"Kena redha ajelah Adik yer, rezeki anak buat Ummi, Allah cuma beri 3 aje !"
Tapi jaga Adik ni pun dah macam menjaga 10 orang anak tau, HaHaHa !"
Eeeeeeee... Ummi ni ! ( Adik tarik muka masam sekejap !)

Sebenarnya, kalau ditanya
Apakah perkara2 dalam hidup yang KA paling suka
Jawapannya adalah waktu hamil atau mengandung
Ye, KA paling suka waktu & momen preggie
Sebab waktu inilah KA akan jadi sangat2 aktif 
Kurang sakit dan lebih bertenaga
Wajah nampak lebih seri dan bercahaya
Lagi2 bila nak masuk 2nd Trimester
Betul tak tipu punya !
Dan KA juga antara yang melalui pengalaman paling mudah waktu melahirkan
Alhamdulillah....
Sebab tu En Hubby cuma temankan waktu pengalaman pertama
Sebab kata dia memang dah bahagian KA agaknya
Mudah aje urusan nak melahirkan tu 
Angah dan Adik pulak dah selamat semuanya sebelum sempat En Hubby tiba
Paling2 banyak pun 2 kali push
Tak sempat2 nak keluar dah baby2 KA
Tapi, masalahnya pulak lepas aje baby2 tu dah selamat keluar
Mulalah segala jenis penyakit duk mari belaka
Masa tu lah segala macam gangguan jembalang, bentan segala
Itu memang tak best lah 
Tapi yang bestnya lagi lepas aje bersalin 
Badan akan jadi slim melim macam anak dara balik
Dan yang jadi tak bestnya pulak lagi..
Bila anak2 dah besar sikit
Badan pun akan sama naik besarnya dengan anak2 Ha Ha Ha

Dah terlanjur cerita pasal pengalaman melahirkan ini
KA nak kongsikan antara petua-petua yang KA amalkan
Mungkin KA dah kongsi2kan sebelum ni
Tapi sebab ada yang tanya petua
Apa yang KA amalkan sehingga mudah melahirkan
KA kongsikan semulalah ya !
Sepanjang kehamilan  apa yang memudahkan proses melahirkan...
( Google image )
Antara amalan KA adalah  amalkan memakan sayur bendi yang direbus kosong begitu. 
Cicah sebagai ulam pun sodap. Buat hari2 lagi bagus.  
InsyaAllah proses melahirkan mudah sebab bendi (ladies finger)ni kan banyak lendir. 
So smooth dan licin je.  
Kalau nak tau, petua ni diberikan oleh Tun Jane (isteri mantan Perdana Menteri Tun Abdullah) semasa KA 
sama2 bekerja di bawah satu bumbung dengan beliau.
Beliau turut amalkan petua yang sama..
 She's a very nice lady!  Ok boleh cuba, tak rugi apapun.
(Google image)
Satu  lagi petua yang memang KA amalkan sewaktu hamil adalah 
Bila kita mandi dan mencuci rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut 
sambil berselawat dan berdoa agar mudah melahirkan nanti sebagaimana lancarnya 
air yang mengalir masuk ke mulut kita 
Petua ni KA dah amalkan for all my 3 preggies and really worked.  
By the way, petua ni KA perolehi dari Arwah Bidan Kampung yang selalu KA kunjungi 
waktu berbadan dua dulu.
KA pernah kongsikan petua ni di laman sebuah majalah 
Dan KA menang berbotol2 shampo selepas tu 
Sampai boleh bagi kawan2 satu botol sorang lagi hehehe
 Insyallah, tak salah kan kalau kita mencuba dan tak rugi apa-apa pun.  

Tapi, paling penting jagalah percakapan kita
Jangan sakiti hati sesiapa
Dan mohon keredhaan dan kemaafan terutama dari Suami dan ibu bapa kita
Kalau mereka redha, In Sya Allah akan dipermudahkan semuanya..
Apapun itu bahagian masing2 kan...
Kita cuma mampu berusaha, dan jangan lupa panjatkan doa selalu
Moga  Allah swt permudahkan jalan buat kita kan !

Ok, sampai jumpa lagi

Wassalam
KESUMA ANGSANA

( Auto Publish N3 )

11 comments:

Ira said...

Betul tu, bersalin ni bahagian masing2 kan.. ada yg mudah, ada yg sukar.. tak salah kita mencuba.. ikhtiarkan.. kalau Allah izinkan, insyaAllah mudah bersalin..

Ira x merasa bersalin normal.. ada la hikmahnya tu.. ☺

Betul tu, lps bersalin selim je.. lps2 tu.. bdn naik balik.. hehe...

Ira said...

Betul tu, bersalin ni bahagian masing2 kan.. ada yg mudah, ada yg sukar.. tak salah kita mencuba.. ikhtiarkan.. kalau Allah izinkan, insyaAllah mudah bersalin..

Ira x merasa bersalin normal.. ada la hikmahnya tu.. ☺

Betul tu, lps bersalin selim je.. lps2 tu.. bdn naik balik.. hehe...

Mar Mansor said...

tips yang berguna untuk semua

Shaiful Zaidi said...

Petua yg boleh diamalkan oleh wanita2 lain...

paridah said...

PETUA YG BAIK DIKONGSI TU..XSALAH MNGAMALKANNYA JIKA HAMIL

Gee Lion said...

bolehlah diamalkan untuk next delivering nanti..
kita baru je pas beranak.. hehe..

idzwa kamaruddin said...

Saya tak berpeluang bersalin mudah :)

aryan azra said...

sama tips yang diberi oleh arwah mak saya KA

Azian Elias said...

petua lepas mandi tu akak pun amalkan dulu.

usaha kan namanya,

LYAfrina said...

lya dulu walau mgndung..tp xde pgalaman mcm ibu mngandung lain..sbb koma spnjg preganat..tp alhamdulillah..dipermudahkan utk bersalin

Mummydearie said...

Dah terlambatlah KA nak amalkan tips ni semua! Hahaha!

Seronok pulak baca pengalaman KA semasa dan selepas mengandung. Memang nampak di mana momen indah tu terbit ^_^ Saya pun alhamdulillah, walaupun proses bersalin untuk dua-dua anak makan 24 jam tapi proses kelahiran tu mudah. Lepas lahir pun mudah-mudah belaka anak-anak saya ni untuk dijaga. Mungkin rezeki saya di situ. Syukurlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...