Tabung Masa Depan ...

Friday, October 21, 2016

Doa, Usaha & Tawakkal Tangga Kejayaan !

Salam Hari Jumaat semua..
Hari ini hari terakhir untuk peperiksaan di Sekolah Kebangsaan untuk Adik
Bila KA tanya macammana peperiksaan kali ini, cepat je Adik jawab , Cantikkkk !
Sebabnya, memang tak stress dan relaks saja Adik
Siap boleh lagi curi baca novel2 milik Angah dalam bilik
Adik. oh Adik !

Kalau ada yang tanya lagi, apa petua nak berjaya
KA cuma nak bagitau macam ni aja
Semuanya perkara yang sama yang dilakukan mana2 ibu bapa
Doa, doa dan doa
Selain anak2 kena berusaha dan selebihnya kita tawakkal saja.
Itu saja...

Kalau keputusannya baik nanti, Alhamdullillah
Kalau tidak jangan cepat melatah dan mengalah
Perjalanan hidup anak2 kita masih panjang sangatlah
Yang penting doa kena teruskanlah
Mungkin bukan sekarang, satu hari nanti kejayaan buat mereka mungkin tertulis sudah ! 
Insya Allah... Insya Allah...

KA kongsikan antara doa dan zikir2 yang boleh kita baca
Waktu anak2 sedang dalam ujian dan peperiksaan mereka
Mudah saja boleh dihafal dan diamalkan juga
Usaha mereka bersama doa kita
Sama2 untuk memacu jaya dan cita2
Dan berserah pada Allah swt jua

Minggu depan peperiksaan di Sekolah Agama petang pula
So, weekend ni Adik bolehlah nak relaks2 minda seketika
Tapi, buku2 Sekolah Agama jangan lupa belek2 juga
 Lepas tu giliran Along dan Angah ujian di penghujung tahun juga
So, macam biasa sama2 doakan yang terbaik untuk anak2 kita ya !
Bukan saja dunia tapi akhirat juga .....Amin2...

Salam ,
KESUMA ANGSANA

10 comments:

m.u.l.a.n said...

Moga berjaya di dunia & di akhirat ya adik..

International Directory Blogspot said...

Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
+++++
Hello! Ini bukan spam! Tetapi hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
hormatnya
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

Warisan Petani said...

Aamiin Ya Raab

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih perkongsian zikir asma-husna ini akak.

Mummydearie said...

Anak bujang saya habis aje exam Khamis lepas teruslah bertafakur depan komputer, KA. Malas dah saya nak kata apa. Dia kata tengah belajar buat coding. Sukahatilah, janji gembira!

idzwa kamaruddin said...

Peringatan dan nasihbat yang baik untuk saya ;)

Adam said...

Bagus.

from:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

LYAfrina said...

fasya dh dpt result..alhamdulillah..ada peningkatan drp ptengahan thn aritu..

hainom OKje said...

Betullah tu KA, sebagai mak ayah kita mampu doakan mereka ajelah. Selebihnya mereka yg kena ikhtiar.

Kira Sakura said...

kira yang dah kerja dann ada exam ni pun selalu jugak mintak mama doakan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...