Tabung Masa Depan ...

Tuesday, October 04, 2016

Kisah Sebiji Pau Korea Berinti Kimchi Di Busan

Salam Semua,
Pau... apapun intinya pasti ramai yang menggemarinya kan. Samalah macam KA, 
 Tapi paling mengujakan buat KA adalah pau kaya. Pau yang lain tu, akan jadi pilihan kedua 
kalau pau kaya tak ada.  Bukan tak nak membuat dan mengukus sendiri, tapi memikirkan  
peminat pau ni hanya KA seorang di rumah, hasrat nak membikin pau home made ni 
tinggal  angan2 ajelah.  Anak2 kalau tekak rasa nak makan, dia makan lah kalau tidak
 pandang sebelah mata je pau2 ni.  Sementelah, kata one of my friend nak buat pau ni bukanlah 
susah sangat, semua orang boleh buat, tapi nak dapat pau yang betul2 menjadi dan gebus giler
 tu memang susah. Siap ada pantang larang lagi, kalau nak mengukus tu jangan asyik dok sibuk2
 nak bukak tudung penutup  periuk kukusan tu kalau pau tak masak lagi. 
Alamatnya, pau nanti tak bangun2 lah gamaknya.... tidor bantat .
 Lepas tu nak buat kena dalam keadaan kita bersih siap mandi semua,
 bau dapat pau yang cantik dan putih gebusss....he3.. 
Memikirkan syarat dan pantang larang yang macam2 ni, jadinya bila tekak KA or anak2 
nak makan pau, kita beli ajelah, ala setakat 2 - 3 biji je pun !

Satu lagi, peel KA kalau makan pau, habis KA kupas kulit luar pau tu. Sebabnya, dok asyik 
perati kadang2 ada je yang tangan gatal duk tekan2 pau dalam almari kaca kukusan tu sampai 
selera nak membeli pun jadi terbantut.  Kalau En Hubby lagi ler, bab2 pau ni memang dier check betul2 dan 
kupas habis keliling pau, baru boleh makan. 
Ni, let  KA tell you a true story yer.  Baru2 ni, waktu balik 
dari visiting di salah sebuah hospital, singgah kat satu cafeteria. Saja nak beli kudapan2 untuk
 Angah yang nak balik ke asrama.  Elok KA sedang beratur nak membeli, boleh pulak mata ni ternampak 
satu mamat yang tengah dok nak ambil pau dalam tray.  Tak semena-semana pau tu terjatuh.  
KA ingatkan kotlah dia nak ambil dan bagitau kat kaunter ke apa ke, tapi dia boleh 
ambil pau yang dah bergolek2 jatuh kat lantai tu dan selamba masukkan balik. Lepas tu dengan
 muka tak bersalah ajak isteri dan anak2 beredar.  Apa jenis manusialah ni !.   Sebab tulah KA 
lebih rela kupas kulit luar pau tu sebelum telan masuk dalam mulut.  Ini adalah antara sebabnya.  

Pau ni paling best kalau dapat makan dengan secawan kopi O panas. Heaven sangat. Sambil 
tu berangan2 kalau dapat pau berinti kimchi ala2 korea, kan ke best.  Sambil lepak2 tengok drama
 W- Two Worlds feveret Adik dan Angah tu.  Adik memang cukup sukalah sebab drama ni siap ada aksi2 
melukis2 bagai.  Ala2 komik gitu.
KA pun teruja jugak sebab jalan cerita drama2 korea ni, kadang di luar kotak pemikiran kita.  
Bukan luar kotak aje, bikin otak kita ligat berfikir dan meneka2 apa akan jadi next, and next.. !
(From Google)
Kalau drama made in Malaysia ni , jalan ceritanya semua lebih kurang sama,
 samada adaptasi dari novel ke ape ke, lepas tu kisah kahwin paksa, kahwin terpaksa, kena paksa,
 tak suka dan alih2 lepas tu jatuh cinta bla, bla, bla..... dah boleh dijangka pengakhiran ceritanya !
Bukan tak sokong drama tempatan, tapi dah kalau jalan ceritanya sama aje, memang bosan giler jadinya.  
Macam pau jugalah, kalau dah selalu makan pau kaya, teringin juga nak makan pau
 berinti kimchi ala2 koreakan.  
( From Google)
Sambil layan pau , boleh joint duduk sebelah Angah sambil nonton ' Train To Busan" 
yang katanya ala2 serammm sedih tu !
Seram2... tapi bila nonton kena siap tisu banyak2 , bukan nak tutup muka bila zombi2 tu keluar nanti, 
tapi nak buat sapu hingus dan airmata  yang meleleh bila sampai endingnya .....Sebab apa ??
Sebab..... boleh pulak hero yang mati, yang ni memang x best, dan x best  sangat !!!!

BTW ada yer pau inti kimchi ???? 
Kalau xde KA letak jelah acar rampai dalam pau .. x pun acar buah ..boleh !

WASSALAM
Kesuma Angsana

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

Singgah ptg selasa
bz sangat2 x dan nak blogwalking :)

nohas said...

setuju dgn KA, drama2 korea ni pelbagai genre, plot cerita lain2..tu yg best..citer W-Two Worlds seronok tgk lukisan2 webtoon..

sedapkan pau kaya, dapat lak yg panas2..mmg layan..

paridah said...

CUBA BUAT PAU BERINTI KIMCI KA..NESTI SEDAP TU.

Gee Lion said...

my feveret is pau kacang.
masa pregnant dulu hari-hari nak kena makan pau kacang ni (di samping kuey tiaw ladna)
kalu tak dapat, merajuk ngan shuben.
heeee jahat kan..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam tu pun ada yea. Lepas ni kena hati-hati beli pau kat kedai.

Mummydearie said...

Alah, KA... buat sendirilah pau berinti kimchi tu tapi saya terus terang cakaplah yerk, kalau pelawa pun saya tak makan! Saya suka drama Korea tapi bab kimchi minchi ni semua tidaklah suka! Sayakan nehi-nehi sayur-mayur ni ^_^

Oh alahai, habis dapduplah pada sesiapa yang tak tengok lagi Train to Busan ni. KA dah habaq siap-siap endingnya!

First timelah tengok cerita zombie sambil kesat hingus meleleh. Mana boleh hero mati at the end!

Oppps!

aryan azra said...

memang teruk betullah macam tu,kalau dah jatuh tu ambil sajalah..nanti kalau orang lain yang beli terambil yang jatuh tu..ish tak rasa bersalah ke macam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...