Tabung Masa Depan ...

Tuesday, October 11, 2016

Rezeki Dari Allah Itu Datang Dari Pelbagai Bentuk Adik !

Memujuk Adik bila bercerita tentang rezeki... 
Buat niat untuk menunjuk2 atau riak, tidak sekalipun, namun sekadar berkongsi rasa dan cerita,
bila Adik bercerita tentang resah hati dia, bila ada yang menaruh cemburu dan iri hati.
Alangkah bagusnya kalau rasa cemburu itu dijadikan satu inspirasi untuk bersaing secara sihat kan !

Diterangkan dalam Al-Qur'an, ada 4 cara Allah SWT memberi rezeki kepada makhluk-Nya:

1.Tingkat rezeki pertama, iaitu yang dijamin oleh Allah
“Tidak suatu binatangpun (termasuk manusia) yg bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”(QS. Hud: 6). Artinya Allah akan memberikan kesehatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah.
2.Tingkat rezeki kedua, iaitu yang didapat sesuai dengan apa yang diusahakan
“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya” (QS. An-Najm: 39).
Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Jika ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Tidak kira samada dia itu muslim atau kafir.
3.Tingkat rezeki ketiga, iaitu rezeki lebih bagi orang-orang yang pandai bersyukur
“… Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)
Inilah rezeki yang disayang Allah. Orang-orang yang pandai bersyukur akan dapat merasakan kasih sayang Allah dan mendapat rezeki yang lebih banyak. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah yg dapat hidup bahagia, sejahtera dan tentram. Usahanya akan sangat sukses, kerana Allah tambahkan selalu.
4.Tingkat rezeki keempat, iaitu rezeki istimewa dari arah yang tidak disangka-sangka bagi orang-orang yang bertakwa dan bertawakal pada Allah SWT
“…. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS.Ath-Thalaq:2-3)
Peringkat rezeki yang ke empat ini adalah rezeki yang istimewa, tidak semua orang bisa meraihnya. Rezeki ini akan Allah berikan dari arah yang tidak disangka-sangka. Mungkin disaat seseorang berada dalam kondisi sangat sangat memerlukan. Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini karena kecintaan Allah SWT kepadanya.
Memetik Sumber Dari Sini. TQ
Demikianlah Allah membahagikan rezekinya, jadi janganlah susah hati yer , Adik !
Kalau Allah swt memberi rezeki sedikit kepandaian dan kebijaksaan untuk kita, bersyukurlah Adik, 
walau ada yang cemburu dan berhasad dengki, pedulikan saja yer Adik, kerana semua yang 
Adik miliki adalah rezeki dan anugerah dari Allah swt. ! Biarlah kalau orang tak suka kalau asyik2 Adik aje yang dapat no. 1 dan menang semua, yang penting Adik kena ingat semua itu milik dan rahsia Allah swt .....Adik kena sentiasa bersyukur selalu dan jangan sesekali riak .
 Kalau kita sentiasa bermurah hati dan bersangka baik
Insya Allah begitu jugalah  rezeki untuk kita dalam bentuk apa jua sekalipun Adik !
Memang sudah tertulis rezeki murah untuk Adik bukan saja dari segi pelajaran
tapi dari segi yang lain juga kan...macam selalu !
Yang ini rezeki bulan Oktober untuk Adik.. Alhamdulillah..

Rezeki jam tangan baru buat Adik ( Dari one of my officemate , Tq friend ). 

Rezeki telekung dan keychain dari Tanah Tinggi/Padang, Indonesia ( Dari My Aunty/Uncle yang bercuti  ke sana baru2 ni).   Macam tau2 aje Adik tengah mencari telekung baru.  Memang rezeki Adiklah !
Dan keychains tu pulak , memang seronoklah Adik. Tambah koleksi keychains dier yang 
banyak bergantung di dinding tu ! Adik kan keychain collector ..


Rezeki yang sangat cute buat Adik... Handbang CR yang comel dari my elder sister !.  
Suka sangatlah Adik.  
Bolehlah Adik bawak kalau pergi jalan2 nanti.... He3
Terima kasih semua atas pemberian untuk Adik, Moga terus murah rezeki kalian semua. Amin2! 

( Mendoakan moga Adik tenang dan dapat menjawab soalan  ujian dengan baik pagi ini.
Doa Ummi, Do the best, and always be the best.  Insya Allah  yer Adik ! )

10 comments:

paridah said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH BNYK REZKI KA N ADIK

Kakcik Nur said...

Mudah2an semua anak-anak yang menduduki peperiksaan berada dalam ketenangan dan dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhh.. seronoknya adikkk

Anis Azalea said...

Panjang lagi perjalanan hidup ni..jadi adik banyak2 bersabar mengharungi ujian hidup.

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah..murah rezeki adik ;)

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

LydSunshine said...

Ramainya org yg sayang adik kan KA? Murah rezeki dia. Terima kasih juga di atas perkongsian 5 tingkat rezeki ni.

Mummydearie said...

Kecil-kecil dah ada yang iri? Pelikkan manusia ni, KA!

Murah rezeki Adik. Itu tandanya ramai yang suka dengan Adik ni. Tahniah ya, Adik. Benarlah tu rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Yang penting, kita kena bersyukur selalu ^_^

Gee Lion said...

Alhamdulillah, rezeki Allah yg kita tak sangka kan KA.
Cantiklah key chain tuh. ^_^

nor azman said...

Tahniah2..nice info ini..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...