Tabung Masa Depan ...

Friday, October 14, 2016

Tinta Cerita Di Perjalanan

Bismillah... tika memulakan perjalanan
Seusai menghabiskan sarapan 
Dengan langkah kaki kanan
Hidupkan kenderaan dan memandu perlahan2
Jalan raya ...macam biasa hari2 pasti kesesakan
Berteman matahari pagi yang mula membahang kehangatan
Ku putar tombol penghawa dingin untuk menambah kedinginan
Arghhh.... manusia semuanya mahukan keselesaan !
Johara Pagi Era peneman dan halwa telinga ku putar perlahan
Di tengah2 perjalanan
Mata terpandang susuk tubuh seseorang di tepi jalan
Dengan tangan memegang sampah plastik di kiri dan penyapu di kanan
Sesekali menunduk mengutip sampah yang berselerakan
Terhenti seketika mengelap peluh yang mengalir tanda kepenatan
Dengan kain yang sedikit usang tersangkut di bahu dan lengan 
Dari jauh aku lihat dia mengukir senyuman
Mungkin tanda siap sudah kerja2  pembersihan
Meruap wajah perlahan dan terus menyusuri jalan
Kemanakah pula destinasi beliau selepas ini untuk dibersihkan ?
Muhasabah diri tika memandu sendirian
Begitulah manusia dan lumrah kehidupan
Bekerja asalkan halal demi mencari rezeki agar perut dapat diisi tidak kelaparan
Begitulah jua rezeki yang Alllah swt berikan
Andai kita reda dan bersyukur akan sentiasa dipermudahkan jalan
Melihat dia, membuat aku mensyukuri nikmat tuhan
Betapa jauh beruntungnya kita namun alpa untuk mengucap kesyukuran
Ya Allah, ampunkan hamba mu yang terkadang lupa dan kealpaan !
Hon dibelakang mengejutkan aku dari lamunan
Ku angkatkan sedikit tangan tanda mohon kemaafan
Dan pedal minyak ku tekan perlahan2...
Memandang ke hadapan  dengan jalan yang masih penuh dengan kenderaan
Apakah yang berlaku hari ni.... Mungkinkah ada kemalangan !
Macam biasa, bayar tol dan tol lagi untuk melepasi sekatan
 ( Ehsan google image )
Hurmmm....Kalau dah kereta bergerak macam semut dan perlahan
Alamatnya memang tak sempatlah nak masuk kerja on time kan
Tapi,... apa adahal bukan En Boss tak faham situasi dan keadaan
Dah namanya office kat Petaling Jaya ni kan
Sah2 lah hari2 makan jammed kan !!!!
Ya Allah ku mohon permudahkan lah segala urusan...................

6 comments:

Ira said...

Salam jumaat KA..
Semoga dipermudahkan urusan..
Biasa la.. PJ selalu je jammed..
Ira sejak husband x keje kat PJ lagi, xde la meredah jammed balik keje..

Gee Lion said...

Di sekeliling kita penuh cerita dgn pengajaran yg tersendiri. Sekejap berfikir dan merenung kebesaran Illahi, moga-moga pahala mendatangi diri.. ^_^

paridah said...

SEPANJANG PERJALANANN KE DESTINASI MACAM2 YG DITEMUI MEMBUAT MINDA LIGAT BERFIKIR KAN KA

Yanty Lee said...

Semoga urusan sis dipermudahkan , In sha Allah

Pha Is said...

saya naik moto, jarang lmbat sebab jam.. tapi kalau hujan, banyak kali dah lambat... alasan hujan.. bos pun paham sebb bos pun lambat sbb naik moto jugak.. hehehe

Mummydearie said...

Dah nama kawasan sekitar, memang jem tu rutin harianlah, KA. Kalau dapat bos yang memahami takpalah juga (macam saya ^_^) Beri apa alasan pun jawapannya tetap 'Ok, take care!' Tapi cubalah dapat bos yang tak faham, memang diherdiknya nanti. Dah tahu jem, siapa suruh keluar lewat. Kalau boleh sebelum subuh dah kena keluar rumah kalau tau rumah tu jauh dari pejabat ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...