Tabung Masa Depan ...

Wednesday, November 23, 2016

Sajak Merapu Jiiwa

Bukan mudah merungkai kata dalam lara
Bening tenang meruntun jiwa
Apakah rasa yang bersarang sekian lama
Kekosongan, aku tak mampu bersuara
Bertanya pada angin yang menyapa
Berbisik pada hujan yang merintik
Bernyanyi perlahan pada dedaun yang lerai berjatuhan
Sakitnya takkan bisa diubat
Hanya dengan kata sayang dan cinta
Mahu menangis, air mata juga yang tertumpah di meja
Mahu ketawa, mungkinkah akan menghapus derita
Setiap cerita yang datang bertimpa
Hanya aku yang tahu dan merasa
Nak ku jerit sehabis suara
Bertanya mengapa dan kenapa !
Mana mungkin hati luka
Sembuh hanya dengan sekelip mata
Benarlah kata2 pujangga
Andai hati sakit dan terluka
Kita tampal dengan rasa tabah, pasrah dan redha
Insya Allah.... Bak angin episod duka akan berlalu
Hilang tanpa sedar di telan laut biru
Yang tinggal dalam kalbu
Diam bisu seorang aku !

( PIC FROM GOOGLE IMAGE )

WITH LUV,
KESUMA ANGSANA

7 comments:

dear anies said...

menangislah... jika itu mampu mengurangkan lara di dalam...

Nurzakiah Hanum said...

layaaaaaaaaaaaaaaaan

Mummydearie said...

KA ni kalau dah mula bersendaloka, mesti ada sebabnya. Apa-apa pun, kita doakan KA sekeluarga sentiasa aman bahagia dan dilindungi olehNya.

idzwa kamaruddin said...

Assalam KA

paridah said...

PUISI INDAH LUAHAN RASA

suka suka said...

Assalam KA.. mengadu pada yg paling sudi..

Kakzakie Purvit said...

Ada kalanya dgn menulis pun mampu meluahkan apa yg tersesak di dada
Semoga KA kuat dan baik-baik hendaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...