Tabung Masa Depan ...

Friday, February 10, 2017

Bila Adik Bersedih !

Al-Fatihah

Sama2 kita sedekahkan kepada kedua ibu-bapa kita 
Tak kira yang masih hidup atau telah pergi
Dan semua arwah2 jua yang telah pergi mendahului kita...

Ingat tak kisah pemergian Cikgu Adik tempoh hari
Adik bukan main sedih lagi
Bukan tak pernah berdepan dengan kematian sebelum ni
Tapi kali ini mungkin sebab Adik dah besar dan lebih memahami
Sedihnya bukan main lagi
Waktu  KA balik dari kerja tempoh hari
Adik berbaring di katil sambil peluk bantal di sisi

KA :  Dah kenapa Adik ?

ADIK :  Adik sedih lah Ummi, Cikgu Azman dah takda .. (Adik nangis)

KA : Dah sampai masa dah Adik..

ADIK :  Sedihlah Adik, Cikgu Azman dah takda, dia baik, kalau ajar
senyum aje, Adik masih terbayang2 Cikgu Azman tu tersenyum Ummi.. (Adik nangis lagi)

KA :  Adik, sedekahlah AlFatihah selalu, doakan moga Arwah Cikgu ditempatkan
dikalangan orang2 yang beriman !

ADIK :  Yelah, Adik tau, tadi pun Adik sempat pergi ziarah kat rumah.  Lepas tu Adik dengan
kawan2 Adik sama2 solat jenazah kat masjid.  Sedihlah Ummi.. (Adik nangis lagi)

KA :  Baguslah macam tu, tanda kasih sayang kita pada Arwah, Tanda terima kasih
atas jasa mengajar mendidik kita kan. Isteri dan anak2 Arwah ada ke?

ADIK : Ada.. Isteri Cikgu Azman menangis teresak2, anak dia yang lelaki tu mata dan muka dia merah.  Tapi, Ummi, anak dia yang perempuan tu Adik tengok tak menangis langsung. Tabah betul dia Ummi, dia duduk diam aje !.. (Adik nangis lagi)

KA :  Dah bahagian Arwah Cikgu Adik, senang dan mudah aje ajalnya. 

ADIK :  Lepas ni kalau perhimpunan ke majlis2 mesti dah takdelah nak guna2 sistem mikrofon ke !
(Adik nangis )

KA :  Kenapa pulak ?

ADIK :  Yelah sebab Arwah Cikgu Azman yang jaga bahagian Audio ! (Adik nangis)

KA : (Rasa macam lucu pulak)... Adik, mesti ada cikgu lain yang akan buat tu !

ADIK :  Tapi lepas ni dah tak seronoklah, Cikgu lain yang akan ajar Adik RBT. Dah tak best !
(Adik nangis)

KA :  Mana Adik tahu. Mungkin Cikgu yang akan ganti tu lagi baik ...

ADIK :  Tak sama macam Cikgu Azman .  Dia dah ajar Adik dari darjah 4 lagi. Sekarang ajar Adik darjah 5 tapi umur dia tak panjang.....(Adik nangis)

KA :  Dah sampai masanya Adik.  Kita pun akan melaluinya cuma tak tahu bila aje !

ADIK :  Ummi tau tak, Cikgu kan ada bela burung puyuh.  Adik dah order telur burung puyuh
kat dia.  Tapi dia cakap tunggu dulu yer sebab ramai lagi orang order kena ikut turn, tapi tak sempatlah sebab Cikgu dah tak ada ! ( Adik nangis..)

KA :  Adik ni bukan main sedih lagi.  Mesti budak yang dapat hadiah mata pelajaran terbaik RBT
tahun lepas lagi sedihkan Adik !

ADIK :  ... Adiklah yang dapat hadiah tu Ummi ! (Tambah lagi Adik menangis )

KA :   Oh yelah Adik... Ummi terlupa pulak !

Memujuk Adik untuk memahami hakikat 
Mati itu pasti cuma kita tak tahu bila waktu dan masanya
Gunakanlah masa selagi hayat kita ada untuk berbuat amal kebajikan 
Sebanyak mungkin !
Sebelum nyawa ditarik daripada badan...
Kerana semuanya adalah Rahsia Allah swt

SALAM JUMAAT,
Kesuma Angsana

15 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedih baca kisah adik.
Semoga roh cikgu adik ditempatkan bersama orang yang beriman.

Anak arwah yang tak menangis tu agaknya dah puas manangis.
Tak pun dia tahu tak bagus menangis bila jenazah ada jenazah.
Dugaan dala kehidupan.
Yang dah pergi, kita belum tentu lagi bila tiba waktunya.

SalbiahM said...

alahai kesiannya Adik.Al-fatihah untuk arwah Cikgu Azman. Mesti seorang guru yang sangat baik dan disayangi ramai.

Kakzakie Purvit said...

Betullah KA adik dah makin besar dah tahu sedih..
Dia pun nampak depan mata - kesiaaannn..

dear anies said...

alfatihah utk arwah cikgu azman

Anis Azalea said...

Nitis air mata. Sayang betul dia kat cikgu dia.

paridah said...

SEDIHNYA ADIK KEHILAGAN GURU YG DISAYANGINYA INALILLAH

Acik Erna said...

sayang sungguh adik ngan cik gu..sabar ye adik

Qaseh Vee said...

al fatihah ... bkn mudah utk adik memahami maksud kematian . konsep kada' dan kadar ...

idzwa kamaruddin said...

Alahaiii adik..hati nyer lembut..

Ibu Lala said...

Alfatihah utk cikgu adik. Moga ditempatkan dikalangan yg beriman

aryan azra said...

mesti adik terasa sangat dengan pemergian cikgu azman tu, itu yang adik sedih sangat tu kan.

nOe suhaimi said...

terima kasih atas peringatan KA...kesian adik...sedih sangat dia..

Orked V. said...

innalillahh..

teringat dulu mase kite sek rendah, cikgu sains meninggal, accident. sampai masuk tv semua sbb x jumpa (accident masuk sungai).

berapa hari tak boleh belajar, hari-hari duduk depan tv nak tau berita. pastu asek tanya mak "dah jumpa cikgu ke mak?"

alfatihah untuk arwah cikgu..

hainom OKje said...

Adik punya jiwa yg sensitif rupanya

Nour Adieb said...

Mati itu pasti bagi setiap makhluk. Innalillah hiwainna ilaihi rajiu'un

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...