Tabung Masa Depan ...

Wednesday, February 08, 2017

Menerima Takdir Allah Swt

Terkadang dalam hidup ini 
Kita akan dan sentiasa menerima
Kejutan... demi kejutan
Baik yang besar mahupun yang kecil
Kalau kejutan yang diterima berbentuk pemberian
Perasaan kita pasti gembira yang teramat
Terasa sangat dihargai dan sentiasa diingati
Teringat kala menerima bungkusan ini
Dari sang teman sekerja baru-baru ini
Aduhai,  bukan nilai barangan yang diberi 
Tapi ingatannya yang sentiasa ada buat kita 
Buat rasa sebak menggila di jiwa
Moga Allah terus murahkan rezekinya  Insya-Allah

Kejutan lagi hari ini bila menerima berita
Pemergian salah seorang guru di sekolah Adik
Adik macam biasa Abah kata menangis sampai merah dan bengkak mata
Bila balik rumah dan call KA di pejabat
Sempat lagi cerita tentang Arwah Cikgu itu dan ini
Pesan KA, jangan lupa sedekahkan Alfatihah buat Arwah
Tanda sayang dan ingatan kita
Dan kenang jasa Arwah mendidik kita menjadi manusia berguna
Doakan semoga Arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman !
 Amin2..
AL-FATIHAH

Sebagai manusia biasa
Kita harus percaya dan memahami Takdir yang ditentukan Allah swt...
Rukun Iman kita yang ke 6...

Qada' (Bahasa Arabقَضَاء‎, transl.: qaḍāʾ, Melayu: kehendak (Allah)) 
dan Qadar (Bahasa Arabقدر‎, transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir)[1]
 ialah takdir ketuhanan dalam Islam.[2]
 Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam.
 Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.[3]
Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, 
‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman azali,
 sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari ketentuan tersebut"[4]

10 comments:

Sheila Adziz said...

salam KA dah lama tak singgah blog KA... semoga arwah ditempatkan bersama mereka yg beriman...

SYANI said...

Pagi ni pun kejiranan saya dikejutkan dengan kematian salah seorang jiran kami. Semoga roh2 mereka yang telah pergi dahulu ditenpatkan di tempat yang mulia disisi Allah.

Kakcik Nur said...

'Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali'...

Apa yang kita terima juga adalah rezeki dariNya. Alhamdulillah. :)

dear anies said...

innalillahi wainna ilaihi raajiunnn

Ira said...

Seronokkan kalau kawan2 igt kat kita..
Semoga murah rezeki sahabat ofis KA.
Takziah buat adik atas kehilangan gurunya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh..

aryan azra said...

Apapun pemberian kecil atau besar sangat bernilai kan KA

Kamsiah Yusoff said...

kejutan demi kejutan yg diterima..membuatkan kita terasa kerdilnya diri.hari ni kita bersembang mesra..tau2 esok dia dah tiada..

hainom OKje said...

Kejutan kegembiraan, kesedihan adalah permainan dalam kehidupan kita KA....
Setuju sangat KA bukan nilai pemberian, tapi ingatan mereka kepada kita tu kan yang tidak boleh dijual beli...
Alfatihah buat cikgu yg pergi

Kira Sakura said...

seronok rasa bila orang ingt kat kita. rasa lebih dihargai kan KA

Warisan Petani said...

Yang penting ,ingatan baik seseorang kepada kita.
Semoga sentiasa dilumayankan rezekinya.
Al-Fatihah buat cikgu Azman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...