Tabung Masa Depan ...

Friday, February 24, 2017

MY LOVE- HATE ERA FM

Dah namanya kerja makan gaji
Memang nak kena pergi office ler gamaknyer hari-hari
Redha ajelah dengan makan jem yang tak perlu disapu ke roti
Tapi, Radio ERA lah peneman KA saban hari
Dengan info dan cerita menarik yang disaji
Semestinya, bertemankan JOHARA awal pagi
Dah memang jadi satu rutin buat KA sebagai penyejuk hati
JOHAN, HANIF Dan RAY uols memang terbaiklah wei
KA bagi 5 bintang untuk  gabungan uols saban pagi
Stress2 dijalanan hilang sekejap bila dengar uols berceloteh itu dan ini
Kadang2 nak juga tumpang sembang bila uols discuss tajuk yang diberi
Tapi apakan daya, tengah driving nak pegang itu dan ini
Memang tak dan ler nak call JOHARA pagi2
Takut kang tak pasal2 kena saman pulak dengan Pak2 Polisi
Lagi2 KA pun tak selesa nak guna handphone cara loudspeaker ni
Apapun TQ  So Much JOHARA yang ku sayangi
Sebab even hari2 terpaksa duk hadap jem berbuku2 roti
Rasa stress tu hilang bila dengar celoteh dan cerita uols yang selalu saja memberi inspirasi !
Sebab, bukan saja JOHARA berjaya menceriakan malah turut selalu berkongsi
Maklumat dan ilmu berguna yang terkadang kita tak akan perolehi
Dek kerana kesibukan diri dengan tugasan seharian dan mencari rezeki !
Digarap dengan begitu baik dengan cara & idea mereka yang tersendiri
JOHARA, dalam lawak2 meraka pun maintain ada ilmu, isi dan intipati
But please JOHAN, kesian dekat RAY yang asyik aje kena buli di konti
Tabik spring pada HANIF yang sentiasa tahu macammana nak balance and handle situasi !
Semoga gandingan ini akan terus kekal menemani my driving saban pagi
You three will always be in my heart,... always be !!!!
(Ehsan Google)
Tapi nanti dulu yer.......
Itu cerita radio yang sessi pagi je
Bila balik kerja petang, ceritanya dah jadi terbalik pulak ler 
PETANG ERA bagi KA ada sedikit bosan giler
Dari gandingan Dina, Tauke dan Shahrul dulu lagi ler
KA tak dapat rasakan  keserasian mereka bertiga
Tup2 bila ditukar Dina bergandingan dengan Fad Bocey pula
Macam x boleh nak terima juga
Mungkin gandingan masih baru dan kita perlu bagi masa
Tapi dari hari ke hari bulan ke bulan tetap lagu itu juga
Bukan nak menidakkan bakat mereka
Benar sesiapa pun boleh jadi DJ radio dengan bakat mereka
Namun nak mencari keserasian itu tak semudah yang disangka
Aduh, bila balik kerja, dah lah stress dengan jem kat jalan raya
Jadi double stress pulak dengan segmen radio yang entah apa2
Tolonglah, lagi2 bila tiba segmen PROF ACHEY pula
FAD Dan ACHEY mungkin pelawak yang berjaya dan boleh dibangga
But not in radio ... rasanya x sesuai langsung ler
Aduhai memang x boleh KA nak terima 
Satu, dahlah segmen PROF ACHEY tu tak memberi apa2 informasi berguna
Dua, rasanya macam terlalu dibuat2 aje
Kadang2 terasa kita sebagai pendengar ni, seakan2 diperbodoh2kan pula..
Boleh tak, I nak request kalau segmen ni ditamatkan aje
DINA, tak dinafikan you are really a good singer
I love your voice ,your vocal too but segmen cover lagu tu sia2 aje
Langsung tak memberi apa2 rasa.... senang cakap I can't feel you ler
Nasib baik sangat pilihan lagu2 petang tetap mantap giler
Kalau tak tak tau nak cakap apa ler
Please, ERA FM do something about this matter..
Kalau tidak hilanglah satu lagi pendengar setia 
Untuk sessi petang tu saje yer !
Pagi boleh maintain macam biasa
By the way it's just my 2 cents aje
Maybe pendengar2 lain ok je
Komen ikhlas dari pendengar yang alway wants sajian terbaik untuk halwa telinga
Dan mahu ERA FM terus jadi station radio No. 1 di Malaysia !!!

But again, manusia ni rambut sama hitam
Telinga masing2kan kan he3
Opps......tapi ada juga yang takde rambut kan
Cam Upin & Ipin.. Acaner tu....!
Dah katanya Muzik Hit terbaik
So, kita always expect yang terbaiklah bukan nak dengar segmen yang duk merepek2 .
Lagu kena baik, segmen2 pun kena double terbaik !
Anyway....
I LOVE JOHARA PAGI ERA ....

Cerita Semalam...
Hujan lebat sungguh petang semalam
And I stress giler sepanjang pemanduan
Dina tanpa Fad pun tak boleh menceriakan kebosanan....
Cerita pagi ni pula..
Hujan turun lebat menggila
Tapi KA maintan senyum je dalam kereta sebab JOHARA kan ada
Lagi2 bila ada selit2 pulak story mory dengan AA si DIVA !

Panjang pulak luahan hati pagi
Mohon maaf sorry selori
Bukan nak kecam sesuka hati
Cuma mahukan yang terbaik utuk stesen radio kesayangan KA ni....

IKHLAS.....
KESUMA ANGSANA

11 comments:

idzwa kamaruddin said...

Saya hari2 layan sepahtusinar je ;)

dear anies said...

da lama x dgr era...

nOe suhaimi said...

peminat johara upanya KA ni...rasanya Johan tu yg banyak menghidupkan suasana

paridah said...

Suara dj radio legakan stres Johan terbaik kot

aswadz said...

minat dengar JOHARA gak. tp kadang2 rasa macam diorang ni merapu lebih pun ada, plus gelak terlebih2. tapi still menceriakan suasana pagi.

makchaq said...

Ramai peminat depa ni.. tapi makchaq pesyen tak dengaq radio, tak tengok tv.. naik kereta style sunyi sepi memang tak tau..

LYAfrina said...

lya slalu tuka2 radio.. heheh..skejap era..skejap hot fm..skejap THR..skejap sinar FM..

tp segmen ptg tu y melibatkan fad bocey tu lya x pnh dgr lg stakat ni.. tp JOHARA pg era tu mmg slalu la. peneman pagi..kdg2 tersengeh-sengeh dgr celoteh dia org..hehe

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

kat ofis ni pun diaorg pasang era jugak..sy dengar sipi2 jer

Mommy Muhaimin said...

Kalau saya, saya minat Hits fm :)

Latest from me, http://lynk.my/jlwD

aryan azra said...

peminat JOHARA rupanya KA ni, yang dina dengan fad tu saya setuju macam takde chemistry gitu hehehe, mog era baca pendapat KA ni dan buat sesuatu

Orked V. said...

hehe. sya slalu gak pagi2 dgr era. tp time lagu /iklan je sya tuka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...