Tabung Masa Depan ...

RESEPI 1






Credit Rasa

MEE GORENG STYLE BASAH 

Tengok drama "3 janji" malam tadi teringat tentang resepi Mee ni sebab dalam cerita tu, Dahlia(Liyana Jasmy) masak Mee goreng untuk her lover before he passed away. Sedih ! Lepas tu Dahlia pindah ke Bandung. (Nanti kita share resepi Mee Bandung lak ye)
Tara........ ni dia resepi Mee Goreng Basah yang saya janji nak sharekan dulu. Senang je nak buat rasanyer budak-budak pun boleh goreng sendiri ni.

1 peket Mee Kuning
Sedikit Ayam (bahagian isi) - (ikut suka)
Sedikit Sotong - ( ikut suka)
Sedikit Udang - (ikut suka)
Sayur Sawi
Bawang putih 3 - 4 biji (kisar)
Bawang merah 5 biji (kisar)
Cili Kering 10 tangkai (kisar) ikut suka pedas ye
Lebih kurang 50ml Sos Tiram
Lebih Kurang 50ml Kicap pekat
Sedikit stok ayam (beli je senang)
Sedikit Garam
(Optional)
Bawang goreng, daun sup/bawang.

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai naik bau pastu masukkan Sos Tiram, Kicap, sedikit Stok ayam.  Tambahkan isi ayam, sotong dan udang sampai mendidih ler.  Agak2 dah ok tu masukkan sayur sawi dan bubuh garam and then masukkan Mee Kuning tu.  Kacau betul2 sampai rata.  Then rasalah kalau dah ok tu bolehlah tutup api.  Bila nak hidang taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. 

Kalau nak cuba silakan n Happy Cooking semua!

By : Kesuma Angsana


KODOK MALAS 


                                                                         (Tq cik google)
 
1/2 Kg Tepung Gandum
Sedikit daun bawang (boleh campur daun sup kalau suka). Nak ganti ngan kangkungpun boleh jer!
Sedikit Taugeh (ikut sukalah)
Sedikit Udang (buang kulit yer)
Sebiji bawang besar ( Dihiris kecil dan nipis2 je)
Garam (agak2 1/2 - 1 sudu teh)
1/2 sudu teh serbuk penaik
Air (secukupnyer)
Minyak masak


Mula2 campurkan tepung dengan air.  Adun sampailah rata.  Then masukkan sayur, udang, bawang besar, garam dan serbuk penaik.  Dah sebati tu biarkan dulu selama 1/2 jam.
Panaskan minyak dan gorenglah sampai kekuningan.  Angkat dan toskan. Tara.............. dan siappun.
Kalau rajin potong kecil2 dan boleh makan dengan sos cili or sos pencicah yang lain.  Ala senangnyer budak tadika pun boleh buat. He He He.

By : Kesuma Angsana


MEE KARI SIMPLE

Semalam makan Mee Kari beli kat depan Stesen LRT Jelatek tu. OKlah not bad dengan harga dia.  Bawah ni gambar.  
Lama betul tak buat Mee Kari ni.  Ini resepi yang selalu saya gunapakai sebab simple dan ringkas! (he he he sebenarnye malas kalau leceh2 sangat.). You all nak follow silakan. (Tak ingat ikut resepi mana sebab dah lama)...............

Mee Kuning - 1 peket
Sedikit sawi (celur)
Sedikit tauge (celur)
2 - 3 biji telur rebus
2 - 3 biji cili merah
2 keping tauhu kering
Fish ball (banyak ikut suka)
Asam keping
Minyak masak 
Garam secukup rasalah

Bahan Untuk Kuah
Santan secukupnya
300 gm daging ayam
Sedikit udang kering - ditumbuk
Kerang rebus (ikut suka)
4 sudu besar serbuk rempah kari
Sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit lengkuas (ditumbuk)
1 sm halia (dirumbuk)
2 biji kentang - Rebus dan dilecek
Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang kuah yang ditumbuk hingga berbau.Masukkan serbuk rempah kari, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga garing. Kemudian masukkan kentang, ayam, udang kering, fish ball, santan, kerang dan air masak. Masak hingga mendidih Masa nak hidang tu , masukkan mee, sayur-sayuran ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan letaklah telur rebus tu.  Tara .... siap!.

By:  Kesuma Angsana


ALL TIME FAVOURITE CUCUR BERCILI



Resepi paling simple dan mudah.  Bahan2 semua sama macam buat "Kodok Malas" tu cuma tukarkan  aje daun bawang,  taugeh dan udang kepada "Cili merah yang dihiris2 dan ikan bilis".  Cubalah memang sodap cocah ngan cili sos (apa brand pun boleh yo!).  Apatah lagi kalau makan time potang2 dongan kopi o' purgghhhhhhhhhhh!


By : Kesuma Angsana

RESEPI LAIN LEH TERJAH KAT MY RECIPE 2  TQ !

10 comments:

baby lydia said...

wahhh !!! akk rajin lh memasak..lapa lydia tgk resepi akk ni..weekend nk try mee kari lh..nmpk cm mnyelerakan jek..slmat berbblogger !!! T_T

Kesuma Angsana said...

Babylydia : x ler juga.. tapi kalau dah memasak tu x henggat dunia.. klau raya dari 1st day sampai abis cuti masak je keje.. smpai ler ke open hse saya konker hehehe

roserose said...

simple tapi itulah yg sedap...

Kesuma Angsana said...

roserose : tq

Si Matatajam said...

Yang malas& simple tu la yg best kan KA

Kesuma Angsana said...

betul lah tu mai

Yana Aina said...

bulan puasa nnt bleh singgah cni selalu cari resepi .. heheh TQ

BUNDA a.k.a KN said...

yang kodok malas tu yg paling sedap nampaknya...bunda selalu gak buat...biasa orang letak daun kucai , tapi bunda pun suka letak daun sup/bwg...wangi..bunda tambah cili merah yg dicincang..

MargeGoh said...

Hmmm sedap2 semuanya. Laparlah pula, hujan2 macm ni best minum nescafe dgn kuih yang baru goreng.
1st time dengar Kodok Malas. Memang namanya begitukah?

najah salwa said...

Kodok malas tu sangatlahhh tempting...terbayang cicah plak ngn sos cili hehe mmg lyn la di hari hujan sambil mnum teh hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...